Wednesday 13 December 2017
Saturday 5 August 2017
Isu anak luar nikah di'bin'kan kepada bapa biologi
Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan
Setelah meneliti pelbagai dalil dan
pendapat samada yang membolehkannya atau sebaliknya, kami dapati isu ini
merupakan persoalan ijtihadiyyah yang mana setiap pihak memiliki hujah
dan kekuatan dalil masing-masing. Kami berpendapat bahawa hujah
yang melarang dibinkan atau dibintikan anak tak sah taraf kepada ayah
biologinya berdasarkan dalil kuat daripada nas al-Qur’an, hadith, amalan
sahabat dan jumhur fuqaha.
Nasab anak kepada ibunya tetap sabit
pada semua keadaan kelahiran samada secara syarie atau tidak. Adapun
nasab anak kepada bapanya, ia tidak sabit kecuali melalui pernikahan
yang sahih atau fasid (seperti yang telah kami kemukakan syaratnya) atau
wat’i syubhah atau ikrar dengan nasab. Islam telah membatalkan
apa yang diamalkan di zaman Jahiliyyah dengan menghubungkan anak-anak
hasil daripada zina kepada nasab penzina. Fahaman yang sebenar berkenaan
dengan sabda Rasulullah SAW (الوَلَدُ لِلْفِرَاشِ وَلِلْعَاهِرِ
الحَجَرُ) adalah dengan makna bahawa anak dinasabkan kepada bapa yang
berada dalam perkahwinan yang sahih. Sedia maklum bahawa al-firash
dengan maksud perempuan mengikut kebanyakan ulama’ dan dita’birkan
dengan maksud dalam keadaan iftirasy. Adapun zina maka tidak
harus menjadi penyebab untuk mensabitkan nasab. Sebaliknya, yang berhak
kepada yang berzina adalah direjam dengan batu.
Begitu juga zahir hadith menunjukkan
anak dihubungkan dengan bapa atau dibinkannya selepas sabit bersamanya
bapa dan ibunya iaitu tidak sabit kecuali selepas berlakunya
persetubuhan dalam perkahwinan yang sahih atau fasid. Inilah pendapat
jumhur. Sedangkan riwayat Abu Hanifah bahawa sabit semata-mata dengan
akad ini kerana semata-mata zhan sudah memadai. Pendapat ini ditolak
kerana tertegah hasilnya dengan sebab akad berdasarkan zahir hadis.
Bahkan mesti adanya imkan al-wat’i atau kelebihan bersetubuh.
Pendapat jumhur juga menjadi pegangan
Kerajaan Arab Saudi. Fatwa al-Lajnah al-Da’imah Kerajaan Arab Saudi
dalam fatwa bernombor 3408 dan 3056 menyebut bahawa yang sahih
daripada pendapat ulama bahawa tidak boleh disabitkan nasabnya kepada
yang menyetubuhi ibunya kecuali nikah yang sah atau fasid, nikah
syubhah, perhambaan atau syubhah perhambaan.
Isu menutup malu dan aib bukanlah alasan
yang kuat kerana syariat Islam jelas menunjukkan larangan membinkan
atau membintikan kepada selain bapanya yang sah melalui perkahwinan. Ini
kerana, banyak hukuman dalam Islam diperintahkan supaya dilaksanakan
secara terbuka, termasuk dalam kes sebatan zina.[18]
Jika yang dimaksudkan mendapat malu itu
adalah si anak, maka mudarat menyembunyikan itu lebih besar. Ini kerana
ia berkaitan dengan soal pembahagian faraid dan wali nikah bagi wanita.
Sebenarnya, punca utama masalah ini adalah tersebarnya budaya zina yang
tidak terkawal. Isu penamaan anak ini hanyalah simptom bagi masalah
zina yang mengakar sebagai punca dalam masyarakat. Betapa lemahnya
pendidikan seks yang berasaskan Islam dan betapa mudahnya akses kepada
bahan-bahan lucah dan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang
bukan ajnabi. Jika kita mengambil langkah jangka pendek seperti ini,
ianya seperti mengambus masalah yang sebenar ke bawah tikar yang
akhirnya akan terluah juga.
Justeru, sebagai sikap bertanggungjawab,
hendaklah pasangan yang terjebak dengan zina bernikah secepat yang
mungkin apabila sudah berlaku zina kali pertama sebagai bentuk pemulihan
diri dan taubat kepada Allah dan berhenti daripada melakukan dosa
kepada hubungan yang halal. Bahkan seperti mana yang telah disebutkan di
atas, ulama yang membenarkan nisbah anak zina sendiri mensyaratkan
bahawa hendaklah ibu bapa yang berzina itu dihukum dengan hukuman
syariat yakni dirotan 100 kali sebelum dia boleh menasabkan anak
tersebut kepada dirinya. Ini kerana zina itu seperti mana yang ditekan
dalam al-Quran adalah fahisyah, benda yang tersangat keji dan
merosakkan masyarakat. Maka, masyarakat perlu disedarkan dengan melihat
hukuman rotan itu sendiri sebagai pengajaran daripada Allah atas
kerosakan yang berlaku dan menghindari keluarga dan kerabat mereka
daripada berbuat zina. Dengan itu, zina yang menjadi punca kepada
masalah ini dapat dihilangkan, atau diminimumkan, seterusnya
menghilangkan masalah anak zina, dan isu malu yang disebut-sebut.
Ingatlah kita perlu menjadi manusia yang
bertanggungjawab atas setiap yang kita lakukan kerana itulah tugas
sebagai khalifah di atas muka bumi ini, bukan hanya sekadar escapism untuk
melarikan diri daripada masalah yang berakar umbi. Sikap melarikan diri
dan menyembunyikan status hanya akan menambah masalah kemudian hari dan
memakan integriti masyarakat Islam itu sendiri.
Kami juga menasihati para pasangan
supaya mengambil berat isu persetubuhan sebelum berkahwin agar tidak
timbul isu nasab anak sehingga mendatangkan aib kepada diri sendiri da
naib kepada anak serta mengganggu emosi dan perasaan tidak selepas
kepada ramai pihak. Sentiasalah bertaqwa kepada Allah, menginsafi diri
sendiri atas keterlanjuran, dan wajib mentaati-Nya. Semoga kita
menjadikan golongan yang mendapat mardhatillah dalam melayari kehidupan
ini.
Syor dan Cadangan
Kami cadangkan di sini beberapa cadangan:
- Anak yang tak sah taraf dinisbahkan kepada Abdullah atau mana-mana nama yang dimulakan dengan Abdu seperti “bin Abdul Ghani” “bin Abdul Rahman” “bin Abdul Latif”
- Nasab anak sabit kepada ibunya dalam semua keadaan samada kelahiran syar’ie atau tidak seperti ‘Isa bin Maryam, Muhammad bin bintu Syafie[19].
- Nasab anak dinisbahkan kepada ayahnya seperti “Ziyad bin Abihi”[20]
Kami tegaskan di sini bahawa anak yang
tidak sah taraf bukanlah hina dan tiadalah ia berdosa kerana kesilapan
yang dilakukan oleh kedua orang tuanya. Ini kerana prinsip Islam,
seseorang tidak menanggung dosa orang lain. Justeru, hendaklah
kita menghormati hak dan privasinya kerana dia tetap manusia yang
kemuliaan di sisi Allah berasaskan siapa yang paling bertakwa antara
kita. Perhatikan bagaimana Allah SWT menyuruh kita berkelaku
dengan orang yang tidak diketahui bapanya dalam Surah al-Ahzab ayat ke
lima yang bermaksud: “Dalam pada itu, jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa mereka, maka panggilah mereka sebagai saudara-saudara kamu yang seugama.” Ertinya,
jadikanlah anak-anak tidak taraf ini sebagai warga istimewa dalam
masyarakat dengan memberikan pendidikan yang cukup, nafkah dan
memberdayakan mereka supaya mereka tidak terkesan dengan tragedi menimpa
diri mereka kerana mereka dianggap sebagai keluarga oleh masyarakat
Islam.
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum
Syarak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang bersidang pada 31 Julai
2017 telah memutuskan bahawa anak yang tidak taraf tidak boleh dibinkan
atau dibintikan kepada ayah biologinya, seperti mana yang diputuskan
oleh Jumhur ulama. Sehubungan dengan itu, hendaklah dinasabkan kepada
Abdullah atau kepada nama-nama Allah yang mulia atau seperti cadangan
yang dinyatakan di atas. Mesyuarat juga bersetuju bahawa asas yang
digunapakai ialah maslahah umum (yakni implikasi zina yang merosakkan
masyarakat dan sistem keluarga secara keseluruhan) lebih utama dijaga
berbanding maslahah khusus (yakni aib yang mungkin dialami oleh anak
zina). Ini bertepatan dengan Maqasid al-Syariah yang meletakkan
pemeliharaan nasab sebagai dharuriyyah (kepentingan yang sangat penting)
di dalam Islam.
Pengecualian juga wajar diberikan kepada
keluarga yang memeluk Islam dengan perkahwinan yang diiktiraf oleh
undang-undang sivil atau undang-undang adat kerana dikiaskan dengan
zaman jahiliyyah, maka anak yang dianggap sah taraf dalam perkahwinan
sivil atau adat itu dianggap sah taraf juga di dalam Islam.
Semoga Bayan Linnas pada kali ini
menghilangkan kekusutan kepada kita semua untuk melihat isu ini dengan
lebih matang dan tepat. Pendapat jumhur ulama’ sewajarnya diambil kira
dalam keadaan biasa dan suasana masyarakat Malaysia yang menjadikan
mazhab Syafie sebagai mazhab utama dan rasmi.
Akhukum fillah,
Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri,
Mufti Wilayah Persekutuan,
1 Ogos 2017M bersamaan 8 Zulkaedah 1438H
Rencana Allah jauh lebih baik
Julai 2017
Dua kejutan besar aku terima dalam hidupku..
Alhamdulillah
Hidupku kini semakin tenang
Mungkin roda semakin bergerak ke atas
Itulah kehidupan, sekejap di atas- sekejap di bawah
Aku tidak pernah menyangka aku akan menjadi guru tetap
Mengajar sains pulak tu...
Betul-betul mengikut jejak ummiku, Cikgu Norhayati Mohd
Aku benar2 bahagia. Beroleh sekolah berdekatan dengan sekolah adikku memberiku peluang untuk memberikan yang terbaik kepadanya. Memenuhi keperluannya. Moga Allah membantuku.
Selepas berbulan-bulan aku berusaha memohon kerja, Akhirnya Allah memberi jawapan kepada usahaku..
Itu kejutan pertama....
Surprise yang kedua... biarlah rahsia
Just go with the flow.. Only He knows what will happen in the end...
May Allah bless my journey of life in dunya and hereafter
Friday 16 June 2017
Alhamdulillah, Aku kini penulis
Alhamdulillah, aku kini bekerja sebagai editor dan penulis di Tazkirah.net. Bagiku, ini adalah permulaan yang
baik untuk aku menggilap bakat dan karier penulisanku.
Bagi kawan-kawan yang ingin mengetahui penulisanku di Tazkirah.net. Sila klik link berikut:
1.https://tazkirah.net/ini-5-karakter-kepimpinan-erdogan-yang-membuatkan-turki-gah-di-mata-dunia/
2.https://tazkirah.net/prof-muhammad-yunus-pengasas-bank-yang-berjiwa-masyarakat/
3.https://tazkirah.net/ini-7-sebab-kenapa-kurma-sangat-ideal-bagi-orang-berpuasa/
4. https://tazkirah.net/4-tanda-anda-telah-terjebak-dengan-ketagihan-media-sosial/
5. https://tazkirah.net/ketahui-6-adab-penting-ketika-bergaul-di-media-sosial/
6.https://tazkirah.net/ketahui-4-langkah-penting-memilih-bidang-di-universiti/
Tuesday 16 May 2017
What is the prove that God (Allah) is exist?
Okay. The analogy was very easy.
Imagine you walk into the hall. And you see many chairs lined
up neatly. The stage has been decorated with the great design of curtains. The
lighting was very perfect. You such mesmerize with the design and theme used.
See this hall, what do yo think??? |
An then when you see all this, do you believed that someone
arranged it or it was arranged by themselves?
Just take a moment and think for that…
Is that possible for the chairs put themselves in their
position or the curtains walk on to the stage and hanged themselves …. Is that
is?
No..no.. it is IMPOSIBBLE!!
There must be someone or person or group of peoples
organized the arrangement in the hall.. It was undeniable….
Same goes to the world you live it now..
We have trees, sun, moon, day and light, seas, rivers..
everything. Moon and sun have their pathway. They don’t even fight. Trees
exhale oxygen to humans, then we give them back carbon dioxide to survive. Who
you think planned all this?
There must be a Creator…. Yes…. We can't denied it.
Indeed, in the creation of the heaves and earth and the alternation of
the night and the day are signs for those of understanding
[Al-Imran:190]
For the readers, I would like to invite you to understand
the lyric by Maher Zain in his song entitled
“Open Your Eyes".
“Open Your Eyes"
Look around your self
Can't you see this wonder
Spread in front of you
The clouds floating by
The sky so clear and blue
Planets in their orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony
Let's start questioning ourselves
Isn't this proof enough for us
Or are we so blind to push it all aside
No, we just have to
Open our eyes, our hearts and minds
If we just look right, we'll see the signs
We can't keep hiding from the truth
And let it take us by surprise
Allah protect us in the best way
Allah guide us every single day
Allah keep us close to You
Until the end of time
Look inside your self
Such perfect order
Hiding in your cells
Running in your veins
What about anger, love, and pain?
And all the things you're feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?
Let's start questioning ourselves
Isn't this proof enough for us
Or are we so blind to push it all aside
No, we just have to
Open our eyes, our hearts and minds
If we just look right, we'll see the signs
We can't keep hiding from the truth
And let it take us by surprise
Allah protect us in the best way
Allah guide us every single day
Allah keep us close to You
Until the end of time
When a baby is born
So helpless and weak
And you're watching it growing
Why deny what's in front of your eyes
The biggest miracle of life
We just have to
Open our eyes, our hearts and minds
If we just look right, we'll see the signs
We can't keep hiding from the truth
And let it take us by surprise
Allah protect us in the best way
Allah guide us every single day
Allah keep us close to You
Until the end of time
Allah You created everything
We belong to You
Ya Rabb we raise our hands
Forever we thank You...
Allhamdulillah (Praise be to Allah)
Can't you see this wonder
Spread in front of you
The clouds floating by
The sky so clear and blue
Planets in their orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony
Let's start questioning ourselves
Isn't this proof enough for us
Or are we so blind to push it all aside
No, we just have to
Open our eyes, our hearts and minds
If we just look right, we'll see the signs
We can't keep hiding from the truth
And let it take us by surprise
Allah protect us in the best way
Allah guide us every single day
Allah keep us close to You
Until the end of time
Look inside your self
Such perfect order
Hiding in your cells
Running in your veins
What about anger, love, and pain?
And all the things you're feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?
Let's start questioning ourselves
Isn't this proof enough for us
Or are we so blind to push it all aside
No, we just have to
Open our eyes, our hearts and minds
If we just look right, we'll see the signs
We can't keep hiding from the truth
And let it take us by surprise
Allah protect us in the best way
Allah guide us every single day
Allah keep us close to You
Until the end of time
When a baby is born
So helpless and weak
And you're watching it growing
Why deny what's in front of your eyes
The biggest miracle of life
We just have to
Open our eyes, our hearts and minds
If we just look right, we'll see the signs
We can't keep hiding from the truth
And let it take us by surprise
Allah protect us in the best way
Allah guide us every single day
Allah keep us close to You
Until the end of time
Allah You created everything
We belong to You
Ya Rabb we raise our hands
Forever we thank You...
Allhamdulillah (Praise be to Allah)
This is his song, Open your eyes, listen and feel it. Take times to
understand. Don’t give up. The best exploration in this world is searching for
the Creator. For the readers who read this, May Allah guide you to Jannah..
Ameen.
Be positive..
Everything
we do takes times. But if we know where we are going and we are steadily making
progress towards our goal, we can accomplish amazing things with our life
***********
Alhamdulillah,
aku bersyukur.
Walau di
mana pun fasa hidup aku sekarang, in sha Allah, inilah yang terbaik untuk
diriku
Ya, aku
mengakui hidupku berada di fasa kritikal. Di umur 27 tahun, aku masih belum
mempunyai pekerjaan tetap, tetapi aku tetap positif.
Kerana aku
tahu Allah pasti mengetahui hikmah di sebalik apa yang berlaku. Kesusahan ini
mungkin menjadi modal idea untuk aku menulis suatu hari nanti, siapa tahu kan…
20 Mei ini
aku bakal menghadiri kursus penulisan bersama Tuan Zamri. Aku harap ia akan menjadi
pencetus semangat untuk aku terus berkecimpung dalam bidang penulisan.
Manuskrip
sulungku sudah berada di tangan penerbit. Ini merupakan penghantaran kali
kedua. Jika ditolak, aku harus redha, jika diterima, hanya Alhamdulillah yang
mampu aku ucapkan.
Aku juga
berdoa agar permohonanku menjadi guru sains di Maahad Tahfiz Tok Jiring
dipermudahkan Allah. Hanya Allah yang mampu membuka pintu rezeki, Dia jua yang
maha merancang. Moga Allah memudahkannya.
Objektifku
hanya satu. Ingin menggabungkan sains dengan Islam. Untuk memberi motivasi
kepada anak didikku. Moga aku diberi peluang oleh Allah untuk memanfaatkan ilmu
kimia yang aku pelajari.
Di saat ini,
aku hanya mampu berdoa agar segala yang dirancang dipermudahkan Allah.
Ya Allah,
bantulah aku untuk redha atas setiap ketetapanMu.
Sunday 14 May 2017
Bila kita mati, bagaimana facebook kita?
Hari ini saya skrol fb lagi.
Mencari artikel atau perkongsian menarik. Kemudian, saya terlihat post yang
dikirim oleh seorang sahabat. Beliau mengucapkan takziah pada sahabatnya yang
meninggal dunia. Nama si mati itu ditagged. Saya pun membuka pautan itu.
Bebola mata saya melihat setiap
post si mati itu. Di dalam hati ini pelbagai soalan datang menerpa. Beginikah
jika saya mati. Orang lain pula yang akan melihat fb saya, orang lain pula yang
akan melihat setiap post pada blog saya.
Sungguh, menziarahi facebook
insan –insan yang telah meninggal dunia ini boleh mengundang perasaan insaf.
Bayangkan segala keindahan yang dipaparkan di dinding facebook itu akan luput begitu
sahaja. Semuanya hanya menjadi kenangan.
Benarlah kalam Allah, keindahan hidup di dunia ini akhirnya akan lenyap.
Dan kehidupan dunia tidak lain,
hanyalah kesenangan yang palsu [Al-Hadid, 57:20]
Apabila mati kelak, facebook-lah
yang menjadi aplikasi yang paling ideal menceritakan kisah kehidupan kita. Baikkah
kita, burukkah kita, semua perkara akan dinilai oleh si pelawat profil. Ibarat
hari pengadilan, seakan-akan bayangan bagaimana kisah kehidupan kita dibentangkan
kepada semua orang di padang mashyar.
Barangkali, di media sosial, kita
boleh lagi memilih-milih kiriman yang baik untuk ditunjukkan kepada netizen.
Tetapi di padang mahsyar kelak, segala baik-buruk akan ditunjukkan dan
dipertanggungjawabkan. Justeru berfikirlah. Fikirlah setiap apa yang ingin kita
kongsikan. Jangan main hentam keromo sahaja.
Jika ingin meletakkan gambar,
tiliklah dulu sebelum dimuat naik. Adakah sempurna auratnya, adakah ia boleh
mengundang fitnah atau adakah ia satu keperluan. Fikirlah sedalam-dalamnya. Jangan
remehkan hal ini. Sejak kebelakangan ini saya menemui dua profil lelaki muda
yang meninggal dunia. Apa yang saya lihat, kaum lelaki terlalu meremehkan soal aurat
meskipun auratnya mudah dijaga. Iaitu, antara
pusat hingga lutut.
Bayangkan jika kita memuatnaik
gambar seperti itu dan tidak lama kemudian kita mati. Orang yang melawat profil
kita akan melihatnya. Bukankah kita sudah
memanjangkan dosa kita. Jangan diharap sanak saudara akan menutup akaun
kita. Meskipun Mark Zuckerberg telah memberi panduan menutup akaun fb orang
yang sudah mati, siapakah yang cakna tentangnya. Betapa ramai facebook orang
yang telah mati masih boleh dilawati hingga ke hari ini.
Ya Allah, besarnya fitnah
kehidupan di zaman ini. Fitnah alam maya. Berbuat baik dan jahat hanya dengan
satu klik sahaja. Mari kita berishtigfar sejenak atas dosa yang kita lakukan. Lazimilah
menziarahi facebook si mati. Agar kita sentiasa beringat. Kata nabi, ingat mati
itu boleh menghilangkan kelazatan dunia. Maka jika terjentik rasa cemburu kita
melihat keindahan hidup rakan di facebook, carilah fb orang yang telah mati.
Pasti perasaan kita akan terubat.
Ingat mati akan melembutkan hati ,
menghilangkan keghairahan pada duniawi, mencetuskan rasa bersedia untuk pergi, menjadi
momentum untuk terus berbakti, bagi menggapai redha Illahi.
Subscribe to:
Posts (Atom)