Alhamdulillah
Syukur ke hadrat Illahi kerana
telah mengilhamkan aku untuk mengemaskini blog Chegu Kimmia. Sudah lama blog
ini ku tinggalkan buat sementara kerana aku terpaksa melaburkan perhatianku
pada penulisan buku.
Alhamdulillah, manuskripku sudah
siap dan sekarang ini berada di tangan penerbit. Aku menantikan maklum balas
dari penerbit dengan penuh debaran. Almaklumlah, ini buku pertamaku.
Kadang-kadang, aku rasa seperti
bermimpi apabila buku ini telah berjaya dihantar. Aku bersyukur kepada Allah
atas ilham dan idea yang dikurniakan bagi memudahkan aku menulis. Aku
sangat-sangat berharap ianya menjadi antara saham terbaikku untuk menuntun diri
ini ke Syurga.
Dalam diam-diam, aku bermohon
agar penulisanku memberi manfaat untuk Ummah. Fokusku lebih kepada anak muda.
Aku percaya mereka adalah pemangkin kepada penghijrahan masyarakat madani. Aku
berharap agar penulisan buku pertamaku ini menjadi kobaran semangat untuk aku
terus menulis. Aku tidak mahu bersantai dalam zon selesa jika bukuku berjaya
diterbitkan. Aku masih mempunyai tanggungjawab yang besar untuk ummah.
Oh tuhan,
Siapa sangka
Aku berada di tahap ini
Sungguh ini adalah ketetapanMu
Oh tuhan
Bantulah aku untuk bersyukur
Atas buku yang akan diterbitkan
Kerana ia adalah kurniaanMu khas
untukku
Maka nikmat tuhanmu yang manakah
yang kamu dustakan?
#Skema Itu Aku
No comments:
Post a Comment