Buku yang sangat santai penyampaiannya tetapi sarat dengan
fakta ilmiah yang menarik. Penulisnya berjaya menggabungkan genre dengan baik.
Beliau memasukkan mesej melalui penceritaan Karim dan Hasan.
Hasan dan Karim merupakan sahabat baik yang berkelana
bersama-sama. Sepanjang perjalanan, setiap apa yang dilihat dan dilalui
dijadikan ibrah. Hasan berjaya mempengaruhi sahabatnya untuk melihat sesuatu
dengan mata hati. Yakni, melihat apa yang tersirat, bukan apa yang tersurat.
Projek Manhattan, satu projek yang dibina atas dasar cinta
dan patriotisme tetapi berakhir dengan dendam, kemusnahan dan peperangan. Ini
adalah isu yang sangat menarik untuk difahami dan dihadam
Kesimpulannya, buku ini antara buku terbaik di mata saya.
Mutu bahasanya sangat bagus. Tulisannya kemas dan sistematik tetapi penuh degan
fakta ilmiah yang padat. Tahniah kepada penulis. Semoga diberi kekuatan untuk
terus berkarya.
No comments:
Post a Comment