Setiap amalan mempunyai masa-masa
semangat dan setiap semangat memiliki masa-masa surut. Barang siapa yang saat
semangatnya surut, tetap dalam sunnahku, maka dia telah mendapat petunjuk dan
barangsiapa yang saat semangatnya melemah, dia berada selain sunnah, maka ia
telah binasa [Hadis riwayat Ibnu Hibban]
Secara peribadi, hadis ini
menjawab persoalan mengapa mood menulis aku datang dan pergi. Aku juga manusia
biasa. Kadang-kadang, kalau tak semangat, nak pegang pen pun malas. Tapi saat
ini, kesedaran muncul kembali. Mungkin sebab rasa tercabar.Tercabar dengan
penulis-penulis picisan yang giat menulis tetapi isi yang disampaikan hanyalah
merosakkan fikiran.
Oleh itu, dengan kelebihan
menulis yang Allah kurniakan ini, aku perlu bersungguh-sungguh dalam menulis:
ü Perlu
lebih fokus dalam memilih topik
ü Perlu
lebih giat mencari bahan
ü Perlu
rajin memegang pen dan mengarang ayat
ü Dan
macam-macam lagilah
Dan semua ini pastinya memerlukan
kesungguhan. Bab firman Allah: Lepas selesai suatu kerja, tetaplah bekerja kerja
dalam urusan yang lain pula [As-syarh:7].Arghh.. susahnya!!! Tapi in sha Allah,
aku boleh lakukannya… Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
No comments:
Post a Comment