“Anak-anak ibarat kain putih,
ibu-bapalah yang bertanggungjawab untuk mencorakkannya”.Ini menggambarkan
betapa ibu bapa menjadi kuasa dominan yang kuat dalam menentukan siapa anak
mereka apabila dewasa kelak. Menjengah alam dewasa, pemilihan karier pastinya menjadi satu
perhatian yang besar buat ibu bapa. Ibu bapa mana yang tidak risau jika
anak-anak masih belum mampu menyara diri apatah lagi jika usia sudah menjangkau
20-an. Di sini ada beberapa tips untuk ibu bapa membantu anak mereka memilih
karier terbaik dalam kehidupan anak-anak.
Tip 1: Jadi role model kepada
anak
Tip ini khusus kepada ibu bapa yang ingin
mewariskan legasi kerjaya yang sama kepada anak mereka. Contohnya jika bapanya
seorang peniaga. Pasti dia mahu anaknya menjadi peniaga untuk menguruskan
empayar perniagaan mereka. Ataupun, jika bapanya seorang doktor, dia pasti
menginginkan anaknya menjadi doktor untuk memastikan khidmat di kliniknya terus
dibuka jika dia bersara. Dalam keadaan ini, ibu bapa harus bijak menonjolkan sisi
positif kerjaya tersebut kepada anak mereka. Jika jadi peniaga, jadilah peniaga
berjaya. Jika menjadi doktor, jadilah doktor yang berjaya. Sekiranya si anak
hanya melihat kegagalan dalam karier ibu bapa mereka, mana mungkin mereka akan
memilih kerjaya yang sama. Contohnya, jika perniagaan sering mengalami
kerugian, bagaimana si anak akan berminat dengan perniagaan. Ataupun jika si
bapa tadi menguruskan klinik sehingga mengabaikan masa dengan anak-anak,
berkemungkinan anak tidak akan memilih kerjaya tersebut kerana terasa tempias
negatif menjadi anak seorang doktor. Oleh itu ibu-bapa mestilah menjadi model yang baik kepada anak-anak dalam
pengurusan kerjaya mereka agar mereka terinspirasi untuk berkecimpung dalam
skop kerjaya yang sama.
Tip 2: Bina kefahaman tentang
karier yang dipilih
Dalam pemilihan kerjaya,
kefahaman untuk menceburkan diri dalam karier yang dipilih adalah sangat
penting. Dan kefahaman hanya akan dibina dengan mengetahui sebab mengapa karier
atau kerjaya itu dipilih. Kata ahli motivasi
“knowing your why is an important first step in figuring out how to
achieve the goals that excite you and create a life you enjoy living”.
Contohnya jika anak ingin menjadi doktor, Tanya mereka kenapa ingin memilih
kerjaya tersebut. Adakah kerana status, wang yang banyak, ingin berkhidmat
kepada pesakit atau sebagainya. Semua perkara ini harus jelas. Tetapi, jika
pemilihan kerjaya dibuat atas dasar agama, itulah yang terbaik. Contohnya
memilih untuk menjadi pakar sakit puan untuk memenuhi tuntutan fardhu kifayah.
Selain itu, ibu bapa juga harus mendedahkan tentang kehidupan seorang doktor
samada membawa anak mengunjungi hospital untuk melihat doktor bekerja. Atau
mungkin membawa si anak berjumpa dengan sahabat doktor agar lebih banyak input
yang mereka ketahui tentang kerjaya itu.
Tip 3: Memahami dan meraikan
kecenderungan si anak
Ada sesetengah anak tidak berjaya
mengenal pasti cita-citanya. Mungkin kerana masih sedikit ilmu atau pengalaman
yang dilalui dalam hidupnya. Maklumlah, orang muda. Tetapi sebagai ibu bapa,
kita selalunya memerhatikan tabiat anak kita. Sekiranya anak kita berbakat
dalam penulisan, galakkan mereka untuk menghantar karya kepada majalah atau
suratkhabar. Jika anak kita berbakat dalam masakan.Mungkin dia jenis anak yang
suka duduk di dapur, suka mencipta resepi baru, suka menghias makanan. Jangan
ragu-ragu lagi. Hantar mereka ke kursus kulinari. Percayalah, mereka berpotensi
unuk menjadi chef yang terkemuka suatu hari nanti. Setiapa anak itu pasti
mempunyai kelebihan dan kekurangan diri. Raikan perbezaan tersebut dengan terus
menggalakkan meraka terus mencuba dalam bidang yang tersebut.
|
Jadilah ibu bapa yang menyokong minat dan bakat si anak |
Tip 4: Peka dengan peluang yang
ditawarkan
Selepas ibu bapa memahami
keinginan si anak dalam karier mereka, carilah peluang yang bersesuaian dengan
bakat si anak. Pilih institusi terbaik untuk mereka. Bincang dengan orang yang
lebih berpengalaman tentang kerjaya tersebut. Pastikan diri kita sentiasa mampu
menyediakan kewangan yang cukup untuk menampung keperluan belajar mereka. In
sha Allah, pelaburan untuk pendidikan anak-anak bukanlah suatu yang merugikan
kerana kita sedang berjuang untuk melahirkan modal insan yang memberi manfaat
kepada agama dan negara.
Tip 5: Jangan sesekali memaksa
anak memilih kerjaya yang kita suka
Walaupun anak adalah darah daging
kita, namun Allah tetap jadikan kita manusia berbeza. Sikap ibu bapa yang
terlalu dominan dalam pemilihan karier anak tanpa berbincang dengan mereka akan
membunuh jiwa si anak. Mahukah kita melihat anak kita menderita dalam kerjaya
yang kita pilih kepadanya.Penulis pernah terjumpa di mana seorang ibu agak
kecewa apabila anaknya hanya ingin menjadi surirumah walapun telah bergraduat
sebagai doktor perubatan. Sebagai ibu-bapa jangan sesekali merasakan pelaburan
kita menanggung mereka belajar adalah satu kerugian, tapi teruskan berdoa agar
ilmu yang dipelajari tetap boleh diamalkan dan diajarkan kepada orang lain.
Ingatlah, ilmu bukanlah suatu barangan yang digunakan untuk mengejar
pencapaian, tetapi ilmu itu sendiri merupakan tujuan akhir suatu pencapaian. Amat
malang sekali apabila kita ingin memilih kerjaya yang hebat buat anak kita
semata-mata kita ingin dipandang tinggi oleh masyarakat. Kehebatan yang sebenar
tidak terletak kepada status karier anak kita, tetapi lebih kepada bagaimana
anak kita berjaya membina ketaqwaan melalui kerjaya yang dipilihnya.
Tip 6: Banyakkan berdoa agar
kerjaya yang diceburi oleh anak menjamin kebahagian mereka di dunia dan
akhirat.
Apa nilainya seorang akauntan jika duit syarikat habis digelapkan. Apa
nilainya seorang penulis jika ideanya membunuh minda masyarakat. Apa nilainya
seorang pemimpin jika rasuah menjadi budaya. Apa nilainya seorang pakar IT jika semua maklumat habis digodam.
Ingatlah wahai ibu bapa sekalian, ulama dan pencuri itu lahir dari rumah. Oleh
itu kerahkanlah segala tenaga kita semaksimum mungkin bagi membentuk generasi
soleh yang membangun ummah, bukan yang meruntuhkan tamadun
Akhir kalam, semoga post ini dapat membantu ibu bapa yang inginkan yang terbaik untuk anak mereka.Peace.