Friday 1 January 2016

Sweet Suprise of 2016




Alhamdulillah

Bagiku tahun 2016 ini telah dibuka dengan satu berita menarik untuk dikongsikan. Hari  ini tanpa sengaja aku mengetahui bahawa aku sebenarnya telah merangkul johan dalam pertandingan menulis artikel 50 tahun masjid negara. Alhamdulillah, aku dihadiahkan sejumlah wang RM 750, sijil dan plag.

Ceritanya bermula apabila aku menelefon keluarga untuk bertanya khabar. Kemudian adikku mengatakan kiriman untukku telah sampai. Sebuah kotak yang mengandungi Quran. Di luar kotak itu tercatat kertas bertulis “Jangan pijak, quran di dalam”.Aku kehairanan.  Siapa pula yang menghantar kiriman tersebut. Aku pun menyuruh adikku membuka kota tersebut.

Seakan tidak percaya apabila adikku memberitahu bahawa quran itu adalah hadiah kerana aku memenangi penulisan artikel tersebut. Aku pun menyuruh adikku mengambil gambar. Maka terpampanglah sijil dan plag pada skrin What’s up ku.

Ya Allah!!! tak sangkanya....

Perasaan yang sukar digambarkan.. entahlah.. kadang-kadang aku rasa mungkin Allah nak tunjuk pada aku yang mungkin rezeki aku dalam bidang penulisan. Sekadar perkongsian. Moga hadiah ini adalah pencetus dan terus menjadi katalis bagiku untuk terus meneroka bidang penulisan lagi, lagi  dan lagi.

Inilah artikelnya: Memperkasakan Institusi masjid

2 comments:

  1. Alhamdulillah.. tahniah.. saya pulak tempat kedua.. dapat lah rm500.. hee.. kelmaren baru terima semua hadiah dari JAKIM. tahniah sekali lagi

    ReplyDelete