Alhamdulillah
Dengan izin
Allah, hari ini aku berjaya menghantar tesis untuk panel penilai memeriksa dan
membaca tesis aku. Dan aku rasa sangat gembira… hingga banyak juga aku tersilap
langkah…sepatutnya pergi ke tingkat tiga, aku pergi ke tingkat dua, dah sampai
tingkat tiga, aku pergi naik tingkat empat. What's
a feeling!!!
Kadang-kadang kegembiraan
membuatkan aku menjadi bingung seketika. Tetapi peristiwa itulah yang akan
membuatkan aku tersenyum sendirian apabila memikirkannya. Walau bagaimanapun
aku sangat bersyukur sehingga boleh berada di tahap ini. Teringat mula-mula sambung
master, aku hanya buat master sebab arwah abah yang suruh. Atas dasar dengar
kata ibu bapa ni merupakan kebaikan, aku pun buatlah. Kadang-kadang bila rasa
susah, aku menyesal sebab tukar course.
Dari kimia ke psikologi…kan jauh melencong. Semua orang pelik dengan
keputusanku. Tapi satu je niat aku ambik kos ni. Sebab aku nak tau cara
mendidik dengan baik.
Masa awal-awal
sem, aku hanya ada kelas sahaja. Tapi aku betul-betul menikmati apa yang aku belajar.
Mungkin sebab ia berkaitan dengan hidup kita. Jadi agak senang nak hadam. Bukan
macam kos kimia haritu. Belajar tapi tak nampak bagaimana nak kaitkan dengan
hidup. Segalanya kaku. Tapi belajar psikologi pendidikan membuat aku berfikir,
membuat aku kembali menilai kehidupan, membuat aku faham tentang realiti
kehidupan, pendidikan dan sebagainya. Dan aku puas. Puas dengan kefahaman ilmu
yang Allah kurniakan kepadaku. Sungguh Allah itu Maha Bijaksana.
Sem seterusnya
aku kena buat kajian. Pada mulanya agak mencabar. Kerana yang pertama, ia
adalah sains sosial. Sedangkan kajian aku dulu tentang sains tulen. Ramai
pensyarah marahkan aku. Diorang marah aku buat research. Diorang suruh aku
ambik coursework sahaja. Sebab
diorang kata buat research susah. Pada mulanya memang aku ambik coursework, tetapi bila masuk semester
dua aku tukar mix-mode
(kelas+research). Dan niat aku nak cabar diri aku. Sebab aku rasa dah rasa pengalaman
buat research masa zaman degree hari tu. Jadi aku rasa yakin
untuk buat research semasa di peringkat master.
Pelbagai halangan
yang terpaksa aku tempuhi.. Kertas kerja yang terpaksa diedit beberapa kali,
kutipan data pun aku buat banyak kali. Dah rasa macam tebal muka je pergi
sekolah untuk kutip data. Dah dapat data, keputusan yang dapat macam tak logik.
Aku sedih. Sampai roommate aku kata, Alia kalau tak signifikan datanya ubahlah.
Manipulate data. Yelah… kadang-kadang orang yang jawab soalan kaji selidik pun
kadang-kadang tak jujur. Aku pun ubah lah sikit-sikit. Tapi apa jadi? Hati aku
tak tenang. Sebab aku tahu aku menipu. Tapi masa mula-mula buat research, aku
dah niat aku tak akan menipu dalam research. Aku pun berdoa, Ya Allah,
tolonglah aku untuk tidak menipu dalam research.
Banyak-banyak kali aku doa. Akhirnya aku dapat hidayah. Aku key-in balik semua
data aku, tanpa manipulate, dan buat ujian statistic. Kali ini aku buat dengan
lebih skema. Step by step aku ikut
buku. Ditakdirkan Allah, barulah aku tau yang data aku tu tak bermasalah pun,
tapi teknik aku salah. Akhirnya aku dapat keputusan yang logik, best dan Wow!.
Alhamdulillah.
Semuanya atas izin Allah. Dan sekarang ini tesisku di tangan panel penilai.
Moga mereka menerima baik tesis aku. Dan masa viva nanti, harap-harap aku
lulus. Walaupun mungkin pass with major.
Hey!! that’s better than re-viva right??. Apa-apa pun, jauh di sudut
hati..aku mengharapkan cahaya kejayaan akan menyimbah hidup aku kelak. Mendapat
master, menjadi penulis......In sha Allah
Kepada yang membaca, tolonglah doakan aku lulus viva nanti.....
Chegu Kimmia
No comments:
Post a Comment