Hari itu aku menonton rancangan cinta ilmu. Penceramah jemputan pada kali ini ialah Datuk Dr Zulkifli Al Bakri. Beliau merupakan antara ustaz yang aku kagumi. Hari ini segmen Bayan Linnas yang disampaikan oleh beliau bertajuk kematian Ulama.
Ehem!!! Walaupun
beliau tidak menyatakan secara terus (baca:direct), tetapi aku tahu ia
ditujukan sempena pemergian Tok Guru Nik Aziz Nik Mat.Kata Dr Zul, kematian
ulama sebenarnya merupakan musibah yang besar kepada umat islam. Beliau
mengungkapkan bahawa matinya orang alim lebih disukai iblis daripada 70 orang
yang suka beribadat.
Said bin Jubay
apabila ditanya seorang pemuda
“Wahai Jubay,
apakah tandanya masyarakat binasa”.
Jawab Said:
“Dengan kematian para ulamak mereka”.
Subhanallah.Itulah
bahananya kematian ulama. Jika kita kehilangan seseorang yang memangku jawatan,
kita boleh melantik orang lain untuk menyandang jawatan tersebut, tetapi jika
kita kehilangan ulamak, kita kehilangan segala-galanya.
Ulamak berasal
daripada perkataan Bahasa Arab iaitu il’m=ilmu
A’lim=Orang yang
berilmu, jamaqnya pula ialah: u’lamak, sejumlah orang berilmu
Tetapi dalam
konteks masyarakat Malaysia, ulamak merupakan seorang tokoh yang mempunyai
kepakaran yang tinggi dalam bidang agama,
Tok Guru Nik
Aziz ialah seorang ulamak. Sebagaimana yang kita ketahui, beliau sudahpun
menemui Ilahi pada 15 Februari yang lalu. Bagiku, kematian beliau ialah sesuatu
yang menghidupkan. Kematiannya seolah-olah menghidupkan jiwaku yang gersang
ini. Amanat dan pesanan beliau sungguh menggugah jiwa. Banyak pesanan yang ditinggalkan
untuk orang muda.Bagiku, beliau merupakan contoh anak muda yang sangat
cemerlang pada masa dahulu. Hanya orang muda yang mempunyai kehebatan yang
tinggi mampu menjadi bintang yang bergemerlapan di hari tua.
Antara pesannya
yang paling terkesan dalam jiwaku adalah berkisarkan pemuda.
Kata beliau
“Pemuda dengan kekuatannya, kena perkuatkan taqwa kepada Allah,samada dengan
menulis, ceramah, program,pandai-pandailah.
Bagi siapa yang
ingin menjadikan penulisan sebagai satu wasilah, beliau berkata
“Apabila mari
cetusan, kena cepat menulis, kadang-kadang, masa nak tidur, mari idea kena
tulis, Kita kena bawa sokme pen dan kertas”.
Sebagai seorang
yang baru berjinak-jinak dengan dunia penulisan aku sangat dahagakan ilmu
seperti ini. In sha Allah jika tiada aral melintang, inilah jalan yang aku
ambil untuk memperjuangkan islam setakat ini. Aku pun bercita-cita ingin
menjadi seperti Nik Aziz. Aku harap di usiaku hampir mencecah 25 tahun ini, aku
masih mampu untuk memberikan yang terbaik untuk Islam. Ya Allah, bantulah aku
untuk memanfaatkan ilmu yang aku pelajari dengan menghasilkan penulisan yang
baik sebagai rujukan dan kebaktian kepada masyarakat.
No comments:
Post a Comment