Saturday 9 May 2015

Kita pun akan mati..




Tersentap sebenarnya mendengar isu mengenai kematian. Mati itu rahsia Allah (bukan jodoh saje ae). Betapa ramai orang yang dalam tempoh bertunang menemui kematian sebelum menemui jodohnya. Lihat saja kisah Nor Artikah Alias, pelajar perubatan di Moscow. Beliau dijangka berkahwin pada 24 Ogos ini, namun Allah lebih menyayanginya. Beliau dijemput Illahi terlebih dahulu sebelum sempat meraikan pernikahannya. Allahu akbar. Semoga Allah mengampuni dosa-dosanya dan menempatkan beliau dalam kalangan para solihin. In sha Allah




Dalam dunia ni siapalah yang tak inginkan husnul khatimah. Tanyalah siapa sahaja, pasti mereka inginkan pengakhiran yang baik. Kerana itulah jalan utama menuju ke syurga.Tapi soalnya bagaimana kehidupan kita? Ingatlah hanya dengan kehidupan yang baik akan membawa kepada kematian yang baik.


Dalam menguruskan bagaimana kita mati. Adalah penting untuk kita merencana kehidupan kita. Kerana akhirnya kehidupan akan mempengaruhi kematian kita.Ibarat lori yang membawa pasir, jika berlaku kemalangan apa yang akan terhambur? mestilah pasir yang dibawanya. Begitu juga kita. Cara kita mati adalah refleksi kehidupan kita.



Dan ketahuilah kehidupan ini adalah soal amal. Amalan yang dikerjakan dengan hati yang ikhlas pasti akan menuntun kita ke syurga. Bahkan jika kita meninggal kelak, hanya amal yang akan mengiringi. Keluarga, harta dan kekayaan serta kedudukan semuanya akan ditinggalkan.



Kerana itu amalan yang baik itu tidak seharusnya ditangguh-tangguh.Jangan fikir usia muda menjauhkan kita dari kematian. Ajal sentiasa mengintai kita. Walau di mana kita berada, sekalipun dalam benteng yang kukuh di dunia, pasti kita akan berjumpa dengan kematian.



Akhir kata, ingatlah mati dengan banyak mengingati Allah. Kerana hakikatnya mati itu adalah  kepulangan kita kepada Allah yang mencipta kita dan memiliki diri kita. Dan hanya Allah sebaik-baik tempat kembali. 

#step towards husnulkhatimah

No comments:

Post a Comment