Tuesday 21 April 2015

Tulis....tiada lampu merah!!!


Teruskan menulis walau tiada idea.. Kerana menulis itu bisa mengaktifkan permikiranmu dan tanpa engkau sedari, kalimah demi kalimah telah terlakar di kertas itu. Susahnya menulis hanya pada mulanya. Usai meletakkan penamu, hanya pujian buat Illahi kau madahkan atas segala nikmatNya yang membantumu menulis. Kerana sungguh Dia yang mengajarkan kita dengan pena [Al'alaq:4]. Aku sendiripun masih bertatih-tatih, memerah otak mencari kalimah dan menyusunnya selari dengan kefahamanku agar ianya terkesan pada empunya yang menulis dan pembaca yang membaca. Mulakan sahaja, In sha Allah jika kita ikhlas, idea akan datang bagai coklat yang mencurah-curah ke ladang gandum dan akhirnya jadilah Coco Crunch [iklan sebentar] yang rangup serta lazat dinikmati oleh jiwa yang dahagakan ilmu dan hidayah Allah.

Subhanallah, begitu rupanya falsafah menulis. Baru hari ini aku mengerti, tuliskan sahaja kerana pernah aku terbaca pengalaman seorang penulis yang berkata "saya merasa ada yang menggerakkan tangan saya ketika menulis", Saya meminjam tanganNya untuk menulis". Maka tak hairanlah jika tulisan-tulisan itu akhirnya menjadi cahaya yang menyimbahi jiwa pembaca dengan karya yang menggugah dan mengubah hidup.Dan barangkali itulah yang terjadi pada diriku malam ini.Akhir kata, Maha suci Allah yang mengajarkan hambamu ini menulis.Ya Allah, bantulah hambaMu ini untuk terus istiqamah menulis, agar setiap ilmu yang disebarkan melalui pena ini akan senantiasa menyegarkan raudah maqamku suatu hari nanti.Ameen Ya Allah.

Taman Syurga: Moga suatu hari nanti menjadi milikku





No comments:

Post a Comment