Sejujurnya, saya mempunyai sahabat yang sangat mahir dalam
IT. Namanya biarlah dirahsiakan. Suatu hari pernah dia memasukkan perisian
untuk memudahkan saya memuat turun bahan yang menarik dari internet. Perisian
yang sepatutnya dibayar selepas menerima masa penggunaan percuma 30 hari
menjadi percuma untuk saya buat selama-lamanya.Namun begitu, selepas
difikir-fikirkan kembali, saya berasa sangat bersalah kerana itu mungkin
perbuatan dosa. Sama seperti mencuri hak orang, tapi di alam maya ‘benda’ yang
dicuri itu nampak seperti tiada apa-apa.
Pada mulanya entah kenapa saya tidak
merasakan ianya satu dosa. Tapi bila pop-up yang keluar berulang-ulang kali (akibat
menggunakan nombor siri palsu) akhirnya membuat saya terfikir bagaimana kalau saya memperolehi ilmu melalui
jalan yang haram, dibimbangi tiada keberkatan dalam ilmu yang dipelajari.
Nauzubillah.Namun akhirnya, selepas memadamkannya, Allah memberikan saya cara
lebih baik untuk muat turun vedio iaitu dengan menggunakan Perisian 4K Vedio
Downloader.Saya mendapat maklumat ini dalam majalah Gen-Q dalam ruangan yang ditulis pakar IT. Alhamdulillah
ada cara yang lebih halal untuk saya. Benar sekali hadis nabi yang bermaksud “Barangsiapa
yang meninggalkan yang haram, Allah akan bagi yang halal
untuknya. Alhamdulillah.Terima Kasih Ya Allah. Senyum.
"Kaedah mudah bagi memuat turun vedio dari You Tube adalah dengan menggunakan perisian 4K Vedio Downloder (www.4kdowwnloder.com). Anda hanya perlu memuat turun perisian ini dan menyalin URL vedio dari YouTube yang hendak dimuat turun, seterusnya menampalkan URL tersebut dengan mengklik butang Paste Url pada perisian 4K Vedio Downloader."
[Kredit:Megat Zainarul Anuar Megat Johari]
#Biarpunsimplenaksharejugak
No comments:
Post a Comment