Hari ini selepas menikmati makan
tengahari di LEGO (himpunan café @ tempat makan di UUM), saya kembali semula ke
perpustakaan untuk menyambung kembali tugasan yang ditinggalkan. Semasa menaiki
tangga ke perpustakaan, saya terpandang sebuah gerai buku yang menjual pelbagai
buku-buku menarik. Sambil menaiki tangga, saya pun berfikir:” Nak pergi
ke…tak?”, masih berkira-kira. Namun akhirnya saya memusingkan badan, menuruni
anak tangga dan terus melangkah ke gerai tersebut. Kebanyakkan buku yang dijual
disitu semuanya berunsurkan keagamaan.
“Dilema aurat wanita ketika
bersalin”. Tajuk yang sangat menarik perhatian. Saya luangkan masa lebih kurang
sepuluh minit untuk membacanya. Hati ini berasa agak tersentap membaca pelbagai kisah dan ragam orang
bersalin yang disampaikan oleh penulis.
Sungguh sedih melihat realiti
masalah yang melanda di negara umat Islam. Sudah berpuluh tahun negara kita
merdeka, tetapi penerapan Islam terutamanya dalam bidang perubatan moden
seolah-olah diketepikan. Masalahnya bukan aurat wanita sahaja yang menjadi
korban, malah lelaki pun sama…..
Tetapi bila dah masuk soal nak
bersalin, ini lagi berat sebab ia membabitkan aurat ‘berat’ bagi muslimah. Ini
bukan perkara remeh. Namun di sini, saya tidak berniat ingin menuding jari
kepada sesiapa. Cuma cara terbaik sekarang adalah bagaimana kita ingin mencari
penyelesaian terhadap apa yang berlaku dengan kuasa yang ada pada kita
sekarang, tidak kiralah siapa kita dalam konteks ini, samada doktor, ibu yang
ingin bersalin, suami, jururawat ataupun pengarah hospital, kita semua ada
peranan masing-masing.
Aurat termasuklah kemaluan
merupakan anugerah Allah yang tiada ternilai. Jika tidak masakan Allah melabel
mereka yang memelihara kemaluannya sebagai mukmin yang berjaya dan menjanjikan syurga Firdaus terhadap mereka.
“Yakni orang yang memelihara
kemaluannya’[Al-mukminun, 23: 5]
Ayat ini bukan sahaja menyuruh
kita memelihara diri dari perlakuan zina, malah sebenarnya melambangkan
perlunya kita memelihara maruah diri jika kita mengaku beriman kepada Allah
s.w.t. Malangnya realiti perubatan moden
hari ini seolah-olah menampakkan hilangnya sensitiviti terhadap pemeliharaan
aurat pesakit itu sendiri.Secara peribadi, sukar untuk saya menerima perlunya seorang pesakit itu bertelanjang
sebagai prosedur yang telah ditetapkan dalam pemeriksaan perubatan (ini maklumat yang saya perolehi dari buku terbabit). Sedangkan
mengikut cara Islam, hanya anggota badan yang sakit sahaja dibenarkan dibuka
untuk tujuan pemeriksaan.Subhanallah, sungguh teliti Islam mengajar kita .
Namun begitu, saya tidak
mengatakan semua doktor yang ini gatal atau ingin mengambil
kesempatan dan sebagainya. Tetapi terdapat juga segelintir individu-individu
yang tidak bertanggungjawab yang ingin mengambil kesempatan terhadap pesakit.
Ini yang meresahkan saya. Walaubagaimanapun, tidak dapat dinafikan ramai
doktor-doktor pakar tidak kiralah lelaki atau perempuan ingin memberikan yang
terbaik kepada pesakit mereka. Ramai antara mereka yang sangat professional dan
beretika dalam menjaga kebajikan pesakit. Pernah juga saya terbaca kes yang
seorang suami yang terlalu hendakkan doktor wanita membantu isterinya bersalin.
Kebetulan pada waktu tersebut tidak ada doktor wanita yang bertugas. Yang ada
hanya jururawat dan doktor lelaki. Kemudian proses bersalin hanya dikendalikan
oleh jururawat tanpa doktor pemantau kerana suami wanita tersebut berkeras
tidak mahukan doktor lelaki mengendalikan kelahiran anaknya.. Entah bagaimana,
anak yang dilahirkan itu tidak normal, matanya terperosok ke dalam dan semua
ini berlaku kerana komplikasi semasa proses bersalin. Jika diteliti kes ini,
ada kewajaran untuk membenarkan doktor lelaki untuk bertugas mengendalikan
kelahiran bayi itu bagi mengelakkan mudarat yang lebih buruk.
Hrm… setiap perkara ada pro dan
kontranya. Sangat susah untuk kita menilai dari sudut-sudut tertentu sahaja. Tapi
bila membabitkan maruah ia bukan sesuatu yang mudah sebenarnya. Kerana akhirnya
maruah kita itu adalah segala-galanya.Sejujurnya saya menganggap situasi wanita yang bersalin dengan doktor lelaki adalah penyakit sosial tetapi ianya tidak nampak ketara kerana ia berlaku dalam sebuah organisasi formal, melibatkan hospitaliti dan golongan professional seperti doktor-doktor pakar dan sebagainya. Tetapi ada dua perkara penting yang perlu kita ketahui tentang isu ini iaitu:
Percayalah
Tidak ada dalam dunia ini seorang
wanita yang beriman dan sentiasa menjaga maruah dirinya sanggup dibidani oleh
doktor lelaki kecuali doktor itu suaminya
Dan percayalah bahawa
Tidak ada suami yang betul-betul
bermaruah yang tegar membiarkan isterinya dibidani oleh doktor lelaki walau
lelaki itu mungkin adik-beradik atau ayah isterinya.
Sedar atau tidak hakikat sebenar
punca permasalah ini ialah tertutupnya pintu keberkatan maruah wanita itu
sendiri.
Allah berfirman dalam quran
bermaksud:
Persoalannya sekarang bagaimanakah
Allah bisa membukakan pintu keberkatan maruah jika kita tidak beriman. Realiti
dunia hari ini, tidak kiralah samada kita menjaga aurat atau tidak, semuanya
berpotensi untuk diambil kesempatan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab.
Ini kerana terlalu banyak maksiat yang menjurus ke arah kemusnahan maruah
wanita yang semakin berleluasa. Lihat sahaja dunia hari ini, bagaimana cara
wanita berpakaian. Terdedah sana sini memperagakan pakaian seksi yang
menyeksakan. Aurat terbuka 24 jam. Kemudian tiba masa bersalin, anda menuntut
doktor perempuan yang menjadi bidan anda bersalin atas dasar ingin menjaga
maruah. Namun ketahuilah saudariku sekalian, jika dalam keadaan kita mampu,
kita tidak berusaha untuk menjaga aurat kita sebaiknya, jangan mimpilah Allah
akan menjaga aurat kita dalam keadaan kita sendiripun tidak mampu memelihara
aurat kita. Itu merupakan perkara yang harus direnung sedalam-dalamnya sebagai
peringatan untuk kita semua.
Begitu juga kaum suami. Sekiranya
anda mengambil kesempatan terhadap isteri orang lain, menonton pornografi,
teruja untuk melihat aurat wanita lain (maafkan saya, tapi ini banyak juga
berlaku di hospital seperti yang sering diceritakan oleh abang saya) jangan
terkejut sekiranya isteri anda diperlakukan oleh orang lain dengan lebih teruk
lagi. Kasihanilah isteri anda, lebih-lebih lagi jika dia muslimah sejati, yang
berusaha terbaik mungkin untuk menjaga mahkota dirinya khas untuk anda,
janganlah khianati dirinya. Anda sebagai suamilah sepatutnya menjadi penjaga
maruah isteri anda dengan tidak memperkotak-katikkan maruah wanita lain.
Barulah anda menjadi hero yang hebat di matanya. Pokok pangkalnya suami isteri
harus bekerjasama dalam soal pemeliharaan maruah kerana tidak dapat tidak
setiap apa sahaja yang dilakukan si suami khususnya pasti akan meninggalkan
tempias kepada si isteri. Begitu juga sebaliknya
Zaman Tradisional vs zaman moden
Zaman Tradisional vs zaman moden
Jika kita kembali menyoroti gaya
hidup masyarakat melayu tradisional khususnya, para lelaki sangat bertanggungjawab memelihara
maruah isterinya. Mereka hanya menggalakkan isteri tinggal di rumah mendidik
anak. Kemudian jika keluar pula pakaiannya terjaga, adab kesopanan dipelihara,
jauh sekali terjebak dengan pergaulan bebas yang melata. Jika isterinya ingin
bersalin, akan ada tok bidan yang sudi berkhidmat tanpa mengira masa dan
tempat. Tetapi, tiada pula kita terdengar peningkatan kes kematian bayi kerana
tok bidan yang menyambut kelahiran bayi. Alhamdulillah, bayi selamat, maruah
ibu terpelihara bahkan si suami pun turut bersyukur kerana telah berjaya memberi yang terbaik kepada keluarganya. Subhanallah,
itulah keberkatan yang hakiki. Tapi sayangnya, keberkatan maruah itulah yang
lenyap dalam arus kemodenan hari ini.
Komik anak-anak sidek mengingatkan saya akan cerita melayu tradisional |
Oleh itu siapapun kita pada hari
ini, buatlah sesuatu agar suatu hari nanti Allah membukakan kembali pintu
keberkatan maruah sekurang-kurangnya dengan berjuang untuk memelihara maruah kita sendiri. Jagalah aurat kerana itulah antara
amanah Allah yang sebenarnya memberi impak buruk berskala besar jika kita
mencuaikannya dalam kehidupan kita. Semuanya bermula dari kita. Semoga Allah
memberkati usaha kita untuk terus memelihara maruah diri untuk menempah tempat di Syurga Firdaus.Ameen. Chaiyok-chaiyok !!!
No comments:
Post a Comment