“Ya Allah!! Teruknya result sem
ni..padahal dah habis daya aku study..Frustnyer.. tak tau dah nak cakap macam
mana…”. Tak dinafikan ini adalah antara ungkapan paling popular dalam kalangan
mahasiswa universiti tatkala mengetahui keputusan akhir peperiksaan mereka. Sebagai seorang yang pernah bergelar
mahasiswa, inilah antara cubaan atau ujian yang harus ditempuhi sebelum
merayakan hari graduasi yang indah itu.
Sudah lumrah, makhluk itu harus
diuji sepertimana firman Allah di dalam Al-Quran yang bermaksud:
Allah(Yang menciptakan kematian
dan kehidupan untuk menguji kamu, siapa antara kamu yang lebih baik amalnya.
Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun. [Al-Mulk: 2(30)].
Ya kawan-kawan, hidup ini memang
ujian … ujian dari Allah untuk Dia mengenalpasti siapakah antara kita yang
benar-benar beriman kepadanya. oleh itu konsep tawakkal adalah formula yang
tepat bagi mengharungi cubaan yang terkadang kita pun tak pasti kenapa kita
harus berdepan dengannya. Tapi kenapa tawakal??, knape bukan sabar ke… ikhlas
ke.. atau sifat sifat mahmudah yang lain…
Firman Allah dalam Al-Quran
berbunyi:
….Apabila kamu berazam, maka
bertawakkallah kepada Allah. Sungguh Allah mencintai orang-orang yang
bertawakkal kepadanya.[Al-Imran:159(3)]
Sejujurnya aku terdengar ungkapan
Al-Quran yang indah ini oleh salah seorang pemimpin karismatik di Negara kita
yang seolah-olah memberi peta harta karun untuk aku terus mengkaji apakah yang
tersirat di sebalik kalimah agung ini. Dan walaupun aku masih tak faham tentang
maksud sebenar kalimah ini, ianya bukan penghalang untuk aku praktikkan dalam
kehidupan seharian.
Imbas kembali….. (kenangan 2006)
Seorang kawanku sering mengadu
kepadaku tentang ketakutannya menghadapi peperiksaan
Kawanku: Alia, camne ni??
Takutlah nak exam…takut tak leh jawab..
Aku: Takpe, Faiza azamta
fatawakkaltu ala Allah, Innnallah ha yuhibbul mutawakkilin. (sambil memegang
bahunya).
Kawanku: Ha?? Apa tu??
Aku: Maksudnya, bila dah azam nak
buat yang terbaik tu tawakallah pada Allah. In sya Allah, takkan rugi sebab
Allah suka orang yang tawakkal pada Dia ni..
Kawanku: Owh.. ok2 (sambil
menganguk-anggukkan kepalanya)
Iklan sebentar: Aku takdelah
ingat semua pasal kejadian ni.. tapi itulah antara perbualan yang berlaku
Hari demi hari, bulan demi bulan,
tahun demi tahun berlalu…. Dan aku terfikir sejenak kenapa Allah suruh berazam
dan tawakal terus, mana USAHAnya???? Takkan takde USAHA..
Atas rahmat dan kasih sayang
Allah, aku terdengar ceramah radio ikim pada jumaat petang. Satu bual bicara
saudara Mahathir Syaharudin dan Ustaz Dr Zulkifli Al-Bakri membincangkan
tentang tawakal. Beliau adalah antara ustaz yang aku sangat kagumi dek
ke’tawaduk’kannya dan lemah lembut dalam pertuturannya.
Beliau menjelaskan bahawa tawakal
terdiri daripada 3 elemen penting iaitu usaha, harap dah redha.
Awesome!!!
Letusan kata-kata yang merungkai tali persoalan di fikiranku selama ini.
USAHA + HARAP + REDHA = TAWAKAL
Subhanallah.. satu persamaan yang
sangat indah , lebih indah daripada persamaan kimia yang ku belajar selama tiga
tahun di UMT. Apa tidaknya! 3 reactant tapi menghasilkan 1 product yang
langsung tidak berbahaya dalam kehidupan kita. Dari sudut kimia persamaan ini
sangat hebat sebab percentage yield bagi tawakal ialah 100%, sekaligus memberi
keuntungan yang besar kerana dominasi tawakal yang sangat kuat.
USAHA
Usaha…Reactant yang pertama untuk
merealisasikan tawakkal. Ya.. semua orang mesti berusaha..burung pun kena usaha
nak cari makan. Jika diperhatikan dalam sudut akademik, mungkin kita akan
mendapati A studi menyendiri, B studi berkumpulan, C studi sambil mendengar
muzik dan banyak lagi. Menurut Dr Fadilah Kamsah, terdapat 3 cara belajar yang
wujud iaitu secara audio,visual dan kinestetik. Oleh itu pelajar perlu mencari
inisiatif bagi mencari kaedah terbaik untuk mereka memahami sesuatu ilmu itu.
Walaupun begitu, penulis berpendapat bahawa usaha yang baik mestilah diiringi
dengan keberkatan. Apa guna belajar, tapi menangguh-nangguhkan solat tika masuk
waktunya…Apa guna belajar sampai larut malam, tapi solat subuh menjadi juara
carta bagi solat yang paling banyak untuk diganti..Apa gunanya belajar, tetapi
tidak memanfaatkan ilmu tersebut dalam kehidupan seharian.
HARAPAN
Allah ada berfirman dalam kalam
suci Al-Quran..
Maka apabila engkau telah selesai
(dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain pula).
Dan hanya kepada tuhanmulah kamu berharap [As-Syarh: 7,8(94)]
Kawan-kawan, mungkin kita merasa
telah mencuba yang terbaik, tapi sejauh manakah harapan yang kita sandarkan
kepada Allah??
Cuba perhatikan situasi ini:
Situasi A:
Yeay!!! Aku boleh jawab soalan
math tadi. Latihan yang aku buat masuk…memang confirm la dapat A kali
ni.hahahaha!
Situasi B:
Alamak!! Habislah aku, tajuk yang
aku bace satu pun tak kena, susah giler kot soalan dia.. tawakkal jelah..
Secara logiknya, berdasarkan
situasi yang diberi siapa yang akan kuat kebergantungannya kepada Allah???
Ce fikir….
Baiklah, jika kita lihat secara
mendalam situasi A, jelas sekali pelajar tersebut berusaha, tetapi kesilapan
besar yang dilakukan pelajar itu ialah perasaan ‘over confident’ sehingga
mengaburi hatinya untuk berharap pada Allah. Sehinggakan dia lupa bahawa keupayaannya menjawab soalan dengan
baik adalah kehendak Allah
Bagi situasi B pula, mungkin dia
telah berusaha yang terbaik, tetapi atas kehendak Allah Taala pelajar tersebut
bermasalah ketika menjawab soalan. Ujian ini tentulah menghadirkan rasa takut
dan bimbang dalam hatinya seterusnya mengharapkan keajaiban dari Allah
semata-mata untuk menjadikan kejayaan itu miliknya.
Oleh itu usaha yang baik haruslah
disertai dengan harapan yang tinggi kepada Allah bagi mengecapi kejayaan. Dan
tidak keterlaluan jika saya mengatakan bahawa jika pelajar(A) meletakkan harapan
yang tinggi kepada Allah setelah usaha cemerlang yang dipamerkan, tidak
mustahil dia akan menjadi pelajar yang lebih cemerlang dari pelajar (B). Harus
diingat bahawa harapan yang tinggi haruslah dizahirkan dengan doa yang tulus
kepada tuhan Pemberi Rezeki.
REDHA
Redha ialah kita menerima
seadanya ketentuan daripada Allah setelah kita berusa dan mengharapkan yang
terbaik dari Allah.Pepatah ada mengatakan”Kita merancang, tuhan menentukan”.
Apabila disorot kembali, banyak kes-kes bunuh diri dalam kalangan mahasiswa
yang berlaku gara-gara kegagalan dalam peperiksaan. Ini maksudnya dia tidak
redha dengan apa yang berlaku . Sekiranya kita redha dengan sesuatu kita akan
menerimanya dengan hati yang terbuka. Jika ianya musibah, kita bersabar, jika
ianya nikmat, kita bersyukur… kan indah begitu..Ini kerana Allah mengetahui apa
yang terbaik untuk kita.
BukankahAllah telah menerangkan
dalan Al-Quran yang bermaksud:
…Boleh jadi kamu tidak menyenangi
sesuatu padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal
ia tidak baik bagimu.Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui..
[Al-Baqarah: 216(2)].
Kesimpulannya
Mari kita bertawakkal kepada
Allah dengan melengkapkan pakej USAHA, HARAP dan REDHA agar setiap perkara yang
dilakukan sentiasa berlegar dalam zon Allah.Semoga kita termasuk dalam golongan
yang dicintai Allah.
[7 dec 2012, 11.23am]
No comments:
Post a Comment