Wednesday 4 February 2015

2015: Kerinduan & Doa





Tahun 2015 menandakan umurku bakal mencapai usia 25 tahun.Semakin tua aku rupanya. Terasa sekejap masa berlalu. Tuptap..tuptap aku kini sudah ketiadaan kedua-dua orang tuaku. Semoga statusku sebagai yatim piatu ini mampu menyuburkan kematangan dalam diri ini. Kalau dulu hidup banyak bergantung kepada orang tuaku..kini segala-galanya terus kepada Allah. Kini baru aku sedari bukan mudah menjalani kehidupan tanpa ibu bapa. Tanggungjawabku semakin besar. Aku harus berdikari. Harus pandai menguruskan segala-galanya.Semoga kematian ayahanda dan ibunda tercinta memberi hikmah yang besar dalam hidupku.Demi Allah aku merindui untuk menatapi wajah mereka. Aku merindui saat-saat mereka memberikan nasihat kepadaku. Aku juga merindui untuk mendengar bait-bait doa yang mereka titipkan selepas solat khas untuk aku dan adik-beradikku yang lain. Oleh itu menjadi tanggungjawabku sebagai seorang anak untuk terus membalas jasa orang tuaku dengan mensolehahkan diri, berdoa kepada mereka  dan menyambung silaturrahim dengan sahabat handai. Dalam kontek berdoa, Ustaz Zahazan  melalui tafsir Quran dalam radio ikim pernah mengatakan di dalam Al quran terdapat tiga doa khusus untuk ibu bapa yang perlu diketahui oleh anak-anak iaitu:

1.       “Wahai tuhanku, kasihilah mereka berdua sebagaimana mereka mengasihiku sewaktu kecilku [Al-Israk, 17:23]

2.       Ya tuhanku, berilah aku petunjuk agar aku dapat mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau limpahkan kepadaku dan kepada orang tuaku agar aku dapat berbuat kebaikan yang Engkau redhai dan anugerahkan aku  kebaikan melalui zuriatku .sungguh aKu bertaubat kepadaMu dan ak termasuk orang muslimin [An-naml, 27:19]

3.       Ya tuhan kami, ampunilah aku dan kedua ibu bapakku dan orang-orang beriman pada hari perhitungan [Ibrahim, 14:41]

Kepada pembaca aku menyarankan hafallah doa ini khas buat orang tuamu. Ini adalah doa yang diajarkan Allah kepada kita untuk mendoakan kedua-dua orang tua kita. Hanya Allah yang maha mengetahui cara berdoa yang terbaik untuk ibu bapa kita. Oleh itu jangan persiakannya.

No comments:

Post a Comment