Semasa merayau-rayau di sebuah padang pasir yang gersang,
seorang pemuda terjumpa mata air yang sangat jernih dan lazat. Air yang manis
itu diisi ke dalam bekas yang diperbuat daripada kulit untuk dibawa balik
kepada gurunya.
Selepas empat hari perjalanan, pelajar itu bertemu gurunya
dan memberikan air yang lazat tersebut kepada guru itu. Guru itu meminum air
itu dan sangat menikmatinya. Beliau sangat gembira dan mengucapkan terima kasih
kepada pelajarnya itu kerana memberi peluang kepadanya untuk menikmati minuman lazat
tersebut.
Kemudian, pelajar tersebut meminum air tersebut. Puih!! Dia
meludah. “Rasanya sungguh teruk. Air ini dah menjadi basi kerana bekas kulit
yang lama itu”
Pelajar tesebut sangsi dengan gurunya lalu berkata: “Guru,
air itu dah basi, kenapa guru berpura-pura sukakannya?”
Gurunya berkata, “Kamu hanya merasai air tersebut, tetapi
saya menikmatinya sebagai hadiah” Air di dalam bekas tersebut adalah tanda
kasih sayang kamu dan tidak ada yang lebih manis dari itu.”!!
Moral
Mungkin kita akan lebih memahami cerita ini sekiranya kita
pernah menerima hadiah daripada kanak-kanak. Biarpun hadiah itu mungkin
gumpalan kertas yang diconteng atau origami kapal yang berkeronyok, respons
terbaik adalah untuk kita menghargai perkara tersebut kerana idea yang terdapat
dalam hadiah tersebut. Malangnya kebanyakkan kita pada hari ini menilai sesuatu
pemberian dengan berdasarkan mata kasar semata-mata tanpa melihatnya dengan
mata hati (perasaan). Kita sepatutnya mendidik diri kita dan kanak-kanak untuk
menghayati keindahan sesuatu pemberian dan mengungkapkan rasa syukur
terhadapnya. Akhirnya barulah hadiah dari hati akan terkesan di hati!!
No comments:
Post a Comment