Saturday 6 December 2014

Homework: Burden vs Sharpen




Alhamdulillah atas segala ilmu kurniaan Allah, Moga Allah terus memberi kekuatan untukku menulis segala ilmu yang dianugerahkan kepadaku

Hari ini aku belajar lagi ilmu perkembangan manusia. Kali ini tentang zaman akhir kanak-kanak. Hari ini isu yang dibangkitkan adalah sejauh manakah had untuk seseorang guru memberikan kerja sekolah kepada anak murid.Kerja rumah menjadi satu kaedah berkesan bagi membantu pelajar untuk menguasai sesuatu subjek dengan baik. Menurut kajian terdahulu, pelajar Asia mempunyai prestasi akademik yang tinggi berbanding pelajar Eropah. Ahli akademik barat ternyata cemburu dengan perkara ini lantas mengkaji  dan membuat penemuan bahawa kerja sekolah menjadi  faktor nya. Walaubagaimanapun, dalam dunia akademik di Malaysia, lambakan kerja rumah menjadi bebanan yang besar kepada pelajar sekaligus menyebabkan mereka mudah bosan dan muak untuk mempelajari subjek berkenaan. Oleh itu penambahbaikan perlu supaya pelajar tidak bosan melakukan kerja sekolah yang dilihat berorientasikan buku semata-mata.

Untuk menjadikan pelajar minat dan lebih kreatif terhadap subjek yang dipelajari, guru perlu membantu pelajar dengan memberikan kerja rumah yang membantu pelajar melihat skop pembelajaran yang lebih meluas. Dalam kata lain jika guru itu mengajar sains, bagaimana kaedah yang guru tersebut harus gunakan supaya pelajar menghayati sains yang dipelajari

1)      Menyuruh pelajar mencari daun berurat jejala dan daun berurat  selari dan di tampal di dalam buku
2)      Mencari sebab kenapa ketika hujan, cermin depan kereta menghasilkan wap jika pendingin hawa tidak dipasang
3)      Mengapa mata kucing boleh memantulkan cahaya pada waktu malam
4)      Membuat projek litar elektrik untuk aplikasi keselamatan

 Contoh soalan dalam subjek matematik

1)      Berapakah jarak masa (dalam minit)yang diambil dari sekolah ke rumah anda dengan tepat
2)      Berapakah harga terkini kereta Perodua Axia di pasaran?
3)      Berapa sukatan tepung yang digunakan untuk membuat cucur untuk lima orang?
4)      Buat projek 10 budak hitam

In sha Allah, dengan wujudnya soalan-soalan begini, ia akan membuka minda para pelajar tentang subjek dipelajari di samping dapat menghayatinya dalam kehidupan seharian.

Selamat mencuba!!

No comments:

Post a Comment