Sunday 9 November 2014

Tulislah Alia !!



 Pada minggu lepas, tatkala aku ingin memasukkan post terbaru berjudul Ujian vs Nikmat dalam blog Chegu Kimmia, aku terlupa kata laluannya. Sebelum ini pun aku tidak pernah log keluar emel tersebut, tetapi masalah pelarasan tarikh dalam sistem komputerku membuat segala-galanya jadi ralat. Akaun Facebook aku pun kena log masuk balik. Mujurlah kata laluannya aku masih ingat. Tapi tidak untuk blogku. Pelbagai cara diusahakan untuk log masuk blog itu, variasi kata laluan telah ku cuba tapi semuanya gagal

Aku hampir berputus asa. Masaku terbazir hanya untuk mencari kata laluan itu sahaja. 

Akhirnya aku akur. Selepas pelbagai usaha dibuat dan segala doa telah dipanjat , aku sedar mungkin Allah ingin hadiahkan perkara yang lebih baik untukku.

Ditakdirkan Allah, kebetulan, pada malam tersebut, aku perlu menyampaikan tazkirah hadis 19. Masihku ingat bait-bait kata Rasulullah seperti yang dinukilkan dalam hadis tu

”Jika kamu ingin meminta, mintalah pada Allah, jika kamu perlukan pertolongan, pohonlah pertolongan dengan Allah..”

Aku cuba mempraktikkan saranan hadis berkenaan dan hasilnya Allah mengilhamkan aku untuk mencipta blog Chegu Kimmia yang lain tetapi beralamatkan www.aliabasirah.blogspot.com. Apa-apa lah, janji ada medium untukku menulis. Penulisanku ini untuk Allah, untuk menegakkan agama ini menurut tahap kemampuanku. Ya Allah aku mohon berkatilah penulisan dalam blog ini kerana segalanya tulus untukMu…

# Chegukimmia menulis kerana Allah

No comments:

Post a Comment