Friday 7 November 2014

Tanah airku: Apa sudah jadi??




 Kehidupan hari ini sememangnya merumitkan

Terbaru pelbagai masalah timbul mengenai hak-hak agama islam. October Fest, I wanna touch a dog, isu DNA babi dalam Cadbury, isu Sister in Islam  (SIS) yang mencabar fatwa pluralism dan liberalism

Oh ummatku!!!

Isu-isu ini sememangnya menggugat aqidah sekiranya seorang muslim itu gagal memahami konsep islam yang sebenar.Mesti kita tertanya-tanya kenapa orang Melayu Islam sendiri gagal memahami hukum Islam bukan?

Alhamdulillah

Semalam aku diberi kesempatan untuk menghadiri satu ceramah sains dan quran yang disampaikan oleh seorang Professor dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau mengatakan orang Islam gagal memahami Islam di Malaysia kerana mereka belajar quran untuk membacanya semata-mata , bukan untuk memahami, menghayati jauh sekali untuk mempraktikkan ajaran islam berdasarkan Quran

Pengamalan Islam di Malaysia seolah-olah simbol kepada budaya masayrakat melayu. Solat dilihat sebagai aktiviti ritual semata-mata yang terpisah daripada gaya hidup luar solat.Bukan sedikit yang solat tetapi tidak menutup aurat, bukan sedikit yang solat tapi mengambil rasuah. Kesannya, Islam menjadi fitnah kepada golongan bukan islam dek kerana penganutnya mengamalkan islam ‘sekerat –sekerat’.Akhirnya persepsi mereka terhadap islam rosak sama sekali sehingga wujud ungkapan ‘masuk islam itu masuk melayu’

Ini baru melibatkan konteks Islam dan masyarakat, namun dalam medan organisasi dan kepimpinan, isu aqidah dilihat lebih ekstrim lagi dengan pelampauan mereka untuk mencabar hukum fatwa yang telah ditetapkan oleh muzakarah. Contohnya SIS , sebuah badan bukan kerajaan yang didokong oleh puak-puak berfahaman liberal sanggup mempermainkan dan menyindir usaha-usaha penegasan syariat Islam seperti isu tudung wanita di Kelantan. Padaku, fenomena ini menggambarkan betapa tandusnya kefahaman Islam kita walau sudah berpuluh tahun tinggal di ‘negara islam’.

Aplikasi Islam tanpa kefahaman ini mampu menghakis keteguhan aqidah seandainya kita dipengaruhi oleh pelbagai permikiran-permikiran sonsang yang memahami quran hanya pada aqal.
Allah melalui firmannya telah menegaskan

Kami telah memberi kefahaman kepada Sulaiman [Al-Anbiya’, 21:79]

Ini bermakna faham itu datangnya dari Allah.Faham bukan sekadar tahu, faham adalah pengetahuan yang melunakkan hati untuk terlebur dalam sebuah penerimaan  seterusnya menatijahkan keyakinan. Dan itufaham memerlukan akal.Tanpa akal, wahyu menjadi hidayah yang tidak difahami, hadith menjadi sunnah yang tidak dimengerti.

Demikianlah perihalnya Sheikh Muhammad Na’im Yasin di dalam karyanya Mabāhith fi al-‘Aql, menegaskan bahawa kebahagiaan hidup insan tidak akan tercapai sehinggalah terhasilnya tiga peringkat hidayah, iaitu:
  1. Hadirnya hidayah daripada Allah
  2. Hidayah itu dikenal pasti dan difahami
  3. Hidayah itu dilaksanakan dalam kehidupan
Lihatlah…hidayah sebenarnya sudah ada sebab Allah hadiahkan kita Quran, tinggal kita sahaja untuk terus mengenalpasti, memahami dan mempraktikkannya dalam kehidupan kita

Semestinya setiap permasalahan yang wujud ada jalan keluarnya, setiap permulaan pasti ada pengakhirannya persis air yang dimasak, pasti ada takat didihnya, belon yang ditiup terus-menerus, pasti pecah jua akhirnya.Begitulah hidup kita,penuh dengan masalah, tetapi Allah awal-awal lagi memberi kita penyelesaiannya seperti yang dinukilkan dalam Al Quran

..Sekiranya kamu berselisih faham tentang sesuatu perkara, maka kembalilah kepada Allah (Quran) dan Rasulnya (sunnah),jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhir. Yang demikian itu lebih baik bagimu dan paling baik kesudahannya [An-nisa’4:59].

Bab kata pujangga

If you don’t believe in your own ability to accomplish your goals, believe in Allah’s ability to help you

Kesimpulannya, marilah kita sama-sama memperbaiki diri dan membersihkan hati supaya Allah memberi kekuatan kepada kita untuk berdepan cabaran besar mengenai isu islam pada hari ini. Wallahua’lam

# chegukimmia: let helps ummah!!





No comments:

Post a Comment