Sunday 9 November 2014

Mabit: Malam membina imam dan taqwa



 
 Ada sesetengah ungkapan ‘nakal’ melabel mabit sebagai  makan, balik, tidur maklumlah..mabit ada makan ramai2 ,balik pun ramai2 , tidur pun berjemaah (hehe)

Kali pertama aku didedahkan dengan mabit ialah ketika aku menuntut di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Oleh itu bersesuaianlah  kalau aku melabel UMT sebagai Universiti Mengenal Tarbiyah kerana di situlah segalanya bermula…tempat di mana aku mengenal istilah-istilah popular dalam tarbiyah seperti mabit, halaqah, daurah, hadis tsulasak , mukhayyam dan sebagainya.

Sejujurnya aku masih tercari-cari makna di sebalik gerak kerja dakwah yang aku lakukan, sebenarnya aku sendiri masih tercari-cari kefahaman tentang penglibatanku dalam medan dakwah ini…samada aku terikut-ikut kawan, atau secara sukarela atau mungkin juga terpaksa… Konflik-konflik ini sedikit sebanyak menggoyahkan hatiku, konflik yang tercetus hasil peperangan iman dan hawa nafsu. Maklumlah, aku juga manusia biasa yang tidak terlepas dari godaan syaitan. Namun jauh di sudut hati ini sering aku memanjatkan doa pada Illahi agar Dia menyingkapkan ‘basirah’  supaya mata hatiku ini tidak dikaburi dengan perhiasan duniawi yang hakikatnya hanya memberikan keseronokan yang bersifat sementara.

Meniti jalan dakwah bukanlah sesuatu yang senang. Berjihad dengan jiwa adalah episod yang paling sukar dalam kamus kehidupan seorang daie. Ibarat mengambil cincin emas dalam julangan api yang menyala. Menghadirkan keikhlasan hati itu tidaklah seperti menikmati air batu campur (ABC). Sangat-sangat mencabar. Terutamanya bila semua tugasan datang serentak. Jika tidak diatur dengan baik maka stress akan bertambah, setiap saat terasa menyesakkan, bebanan semakin memberat. Namun apa jua cabaran yang dihadapi Allah masih setia disisi, memahami penderitaan hambaNya. Dia tidak akan menguji hambaNya di luar kemampuan. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui Maha Bijaksana

Sengaja ku coretkan bingkisan ini supaya diri ini diberi kekuatan untuk terus meniti jalan dakwah, biarpun merangkak, meniarap, atau rebah Aku masih berharap untuk tidak berputus asa mencari makna ‘faham’ dalam dakwah yang sedang aku lakukan. Ku mohon petunjukMu dan kekuatan dariMu  Ya Allah….
La Hawla wa la quwwata illa billah…

#chegu kimmia mengharapkan petunjuk Allah





No comments:

Post a Comment