Friday 14 November 2014

Kesan buruk penggunaan telefon pintar kepada kanak-kanak




Dalam dunia yang serba canggih ini, dapat kita lihat pelbagai jenis teknologi direka cipta bagi memudahkan urusan harian kita. Teknologi ini bukan sahaja berupaya menghadiahkan kita pelbagai manfaat malah boleh mengundang padah jikakita menyalahgunakan teknologi tersebut.Antara peranti teknologi yang paling popular dekad ini ialah telefon pintar. Generasi moden pada hari ini gemar menjadikan peranti ini untuk berkomunikasi secara maya seperti di media sosial.Penggunaan telefon pintar ini juga tidak terhad kepada golongan dewasa sahaja, tetapi juga meliputi golongan kanak-kanak.


Pada hari ini penggunaan telefon pintar dalam kalangan kanak-kanak sangat berleluasa. Ini kerana sikap sesetengah ibu bapa yang ingin memudahkan kerja mereka lantas memberikan telefon pintar kepada kanak-kanak atas alasan anak tersebut akan ‘duduk diam’ dan tidak mengganggu mereka untuk membuat kerja. Lebih parah lagi ramai antara ibu-bapa pada hari ini menjadikan telefon pintar sebagai hadiah berharga untuk anak mereka. Sebenarnya fenomena penggunaan telefon pintar dalam kalangan kanak-kanak harus dihentikan atau dikawal sebaiknya kerana telefon pintar memberikan banyak kemudaratan kepada perkembangan kanak-kanak.

Antaranya ialah
1)      Merenggangkan kanak-kanak daripada interaksi di alam realiti

Variasi aplikasi dan permainan dalam telefon pintar menyebabkan kanak-kanak menjadi ralit dan asyik dengan hiburan di ‘papan’telefon pintar. Secara tidak langsung, ini akan mengurung kebebasan mereka untuk bergaul dengan kanak-kanak lain di sekeliling mereka.Permainan moden sangat berbeza dengan permainan tradisional seperti galah panjang, layang-layang dan sebagainya yang menggalakkan kanak-kanak untuk berinteraksi antara satu sama lain. Penggunaan telefon pintar yang tidak dikawal akan menyebabkan mereka bersifat individualistik dan tidak menghiraukan orang sekeliling

2)      Melemahkan daya penglihatan kanak-kanak

Pendedahan cahaya yang berlebihan melalui skrin telefon pintar sedikit sebanyak akan melemahkan daya penglihatan mereka. Oleh itu tidak hairanlah jika kita melihat ramai di antara kanak-kanak pada hari ini mula berkaca mata sebelum memasuki fasa persekolahan lagi. Lebih parah lagi, jika mereka terdedah pada gajet ini pada tempoh yang lama, mereka cenderung untuk mengalami sakit kepala seterusnya menyumbang kepada penyakit migrain di usia yang muda

3)      I-pad boleh mempengaruhi perkembangan minda kanak-kanak

Aplikasi telefon pintar pada hari ini menggalakkan kanak-kanak untuk mengklik butang skrin sesuka hati untuk berpindah dari satu opsyen ke opsyen yang lain. Lama-kelamaan tabiat ini akan mempengaruhi minda anak-anak di mana mereka akan mudah menukar topik permikiran dengan cepat. Situasi ini akan menjejaskan daya penumpuan mereka sekaligus menyebabkan mereka sukar fokus terhadap sesuatu perkara. Tambahan pula, kemudahan internet yang senang diakses mampu menjerumuskan mereka ke laman sesawang yang negatif dan merosakkan minda seperti laman yang  mengandungi elemen keganasan dan pornografi.

4)      Memberi kesan kepada perkembangan psikomotor kanak-kanak
Permainan atas talian dan aplikasi permainan yang diprogramkan di dalam telefon pintar menjadikan kanak-kanak ketagih dengan telefon pintar seterusnya menggalakkan mereka berdiam diri tanpa melakukan sebarang aktiviti fizikal. Keadaan ini akan menjejaskan keupayaan otot-otot yang sentiasa memerlukan pergerakan untuk berkembang secara normal dan sihat. Jika ini tidak berlaku kanak-kanak mudah dilanda penyakit obesiti dan merencatkan perkembangan psikomotor yang bukan sahaja penting untuk otak malah untuk  kesihatan fizikal

5)      Merencatkan minda untuk belajar

Golongan yang didedahkan telefon pintar pada awal usia akan cenderung untuk merasa cepat bosan untuk belajar jika mereka memasuki fasa persekolahan. Ini kerana pada telefon pintar, mereka didedahkan dengan ikon kartun yang menarik, bergerak, dan berwarna warni serta boleh menghasilkan bunyi yang pelbagai. Keadaan ini amat berbeza dengan situasi di sekolah teutamanya jika mereka hanya menghadap papan hitam dan kapur untuk belajar. Tidak menarik langsung!!!Oleh sebab itu pentingnya untuk tidak mendedahkan ipad terlalu awal untuk kanak-kanak supaya mereka tidak mudah berasa bosan untuk belajar di sekolah.

Sebagai alternatif, perkara terbaik yang ibu-bapa harus berikan kepada mereka ialah buku. Di mana buku bukan sahaja menggalakkan perkembangan verbal (lisan) anak-anak, malah juga psikomotor mereka (contohnya semasa mereka membelek-belek buku). Pemberian buku juga melatih mereka untuk menguasai kemahiran membaca dengan cepat selain menyuburkan minat membaca di kalangan anak-anak. Di Amerika ibu-bapa akan meluangkan masa sekurang-kurangnya satu jam sehari untuk duduk bersama anak mereka bagi membaca buku. Jika kita di Malaysia masih tidak mempraktikkan amalan kepada anak-anak kita, demi Allah kita akan membantutkan pembinaan generasi yang cintakan ilmu. Fikir-fikirkanlah….


Children are made readers on the lap of their parents- Emilie BuchWald




2 comments:

  1. Lebih daripada pengguna telefon pintar di Malaysia.

    ReplyDelete
  2. salam, hai 🙋🏻🙋🏻‍♂ tuan/puan. memperkenalkan E-BOOK KU SPECIAL EDITION by MOMMYHANA 🤗

    E-BOOK KU SPECIAL EDITION ni, terdapat bnyak kelebihan yg ada. antaranya adalah :-

    🎀 dapat mengurangkan ketagihan smartphone/ipad utk kanak2.
    🎀 mengelakkan kerosakan mata pada kanak-kanak.
    🎀 boleh menarik minat dan fokus anak-anak untuk belajar lebih tekun.
    🎀 masa juga terluang dgn berfaedah.
    🎀 anak boleh belajar solat dengan mudah.
    🎀 boleh menguatkan daya ingatan dan hafalan bagi kanak-kanak.

    ha banyak kan kelebihan yang terdapat di E-BOOK KU SE by MOMMYHANA?

    normal price untuk EB, RM99. tapi kt sini nak bagi promosi RM69! 😱 tuan/puan akan jimat RM30 tau!! 😱

    terdapat FREE GIFT :-

    👉 marker (RM5)
    👉 dummy stylus pen (RM5)
    h
    p/s warranty dari MommyHana adalah 1 bulan!!! 😱🤗

    www.wasap.my/60139437099/ebookku

    ReplyDelete