Monday 10 November 2014

Karier Pelajar: Apa peranan guru??




 Teori Perkembangan Karier Ginzberg mengajar kita tentang fasa tentatif di mana pada tahap pelajar berusia 14-15 tahun, mereka sepatutnya sudah memiliki gambaran yang jelas tentang tentang pemilihan kerjaya mereka pada masa akan datang. Namun begitu, realitinya pelajar-pelajar di Malaysia masih belum mampu untuk menilai prospek kerjaya yang baik untuk mereka.

Hari ini di sekolah pelajar dimomokkan dengan  ungkapan “ jadilah doktor, anda akan dipandang tinggi” atau “jadilah jurutera, anda akan bergaji besar”. Sebenarnya ungkapan ini adalah sangat umum dan masih kabur di kaca mata pelajar di peringkat sekolah menengah kerana mereka belum memasuki fasa pekerjaan. Oleh itu guru seharusnya memainkan peranan yang bijak dalam menyemai mindset yang tepat dan berfokus kepada para pelajar. Walau bagaimanapun, dalam konteks ini para guru haruslah mengenalpasti terlebih dahulu beberapa jenis identiti yang dimiliki oleh setiap individu 
Sebelum itu ingin saya jelaskan tentang beberapa krisis identiti yang sering dialami oleh individu menurut  perspektif kerjaya:

ü  Foreclosure
ü  Identity Diffusion
ü   Identity Achievement
ü  Moratorium

Foreclosure bermaksud menurut perintah. Individu ini biasanya merupakan anak kesayangan ibu bapa mereka kerana mereka akan menurut arahan ibu bapa mereka untuk menetapkan cita-cita mereka berdasarkan citarasa ibu-bapa.

Identity Confusion bermaksud kekeliruan identiti di mana  pelajar ini sering bertukar-tukar impian kerjaya tanpa menilai prospek kerjaya yang paling bersesuaian dengan dirinya. Contohnya: tengok cikgu mengajar, nak jadi cikgu, tengok doktor kat hospital, nak jadi doktor.

Moratorium bermaksud golongan yang suka meneroka kerjaya yang berbeza tetapi masih masih gagal untuk menetapkan  arah  tuju ke arah kerjaya tersebut.

Identity achievement bermaksud perolehan identiti di mana pelajar ini sememangnya mempunyai cita-cita yang sangat jelas dan sangat persisten dalam menghadapi pelbagai ujian dan halangan demi mengejar cita-cita mereka.

Dengan mengenal  variasi identiti di atas, guru diharap dapat membantu pelajar-pelajar ini membuat keputusan terbaik untuk diri mereka.

Antara langkah yang lebih berkesan untuk membantu pelajar mengenalpasti propek kerjaya pelajar adalah dengan menjemput ibu-bapa yang mantap dalam karier masing-masing untuk menyampaikan ceramah motivasi di sekolah. Fenomena paling mendukacitakan pada hari ini ialah apabila pihak sekolah gagal untuk memanfaatkan jaringan sosial dengan ibu bapa untuk kepentingan pelajar. Padahal langkah ini penting supaya pelajar boleh membuat perkaitan dengan subjek yang dipelajarinya dengan kepentingannya untuk kerjaya akan datang

Contohnya: Jika penceramah itu merupakan editor majalah, pendedahannya tentang dunia penyuntingan akan membuka minda pelajar untuk memahami nilai disebalik esei yang diberikan guru semasa kelas bahasa. Pemahaman ini akan membuka minda mereka untuk mengimbau kembali proses pembelajaran tersebut. Pelajar mungkin akan berkata…
“Oo..patutlah cikgu  tekankan sangat soal tatabahasa ni”     atau...
“ Patutlah karangan aku asyik dapat C je… memang tak pernah nak capai standard”

Jika kesedaran inilah yang lahir dari jiwa pelajar, maka insyaAllah, penulisan esei atau pembelajaran bahasa akan menjadi lebih bermakna dan menyeronokkan untuk dihayati, bukan sekadar menulis untuk mendapat A, tetapi menjadikan tulisan tersebut sebagai sumber inspirasi dalam dunia keilmuan.  Ingatlah wahai guru, mengajar bukan sekadar ingin menghabiskan silibus tetapi buatlah sesuatu agar ilmu yang diajar itu melangkaui silibus yang ditetapkan. Sekadar cadangan dari saya hasil pembelajaran dalam kursus Human Lifespan Development SGDY 5013.Terima kasih.

#Moga Allah redha.

No comments:

Post a Comment