Tuesday 25 November 2014

Beware!! kids are watching you..


See!! how this kid imitate his father.....


Suatu hati seusai solat asar di bulan puasa, aku berwirid menggunakan butir-butir tasbih. Suatu yang jarang-jarang sekali aku lakukan. Biasanya kiraan zikir hanya menggunakan ruas-ruas jari, tetapi oleh kerana agak sukar untuk mengekalkan fokus, aku pun menggunakan cara baharu, aplikasi butir tasbih.

Pada suatu malam, adikku yang berusia 11 tahun ketika itu masuk ke dalam bilikku kelihatan mencari-cari sesuatu, tetapi tidak pula aku bertanyakan dia apa yang dicarinya. Kemudian aku ternampak dia mengambil tasbih dan berwirid. Aku tersenyum sendirian sambil bermonog.. “Hai, sejak bila pulak dia wirid pakai tasbih ni, jangan-jangan dia ikut aku tak??. Aku tersenyum lagi..

Apabila aku belajar psikologi, akhirnya aku memahami bahawa itulah kanak-kanak. Sangat cepat meniru perbuatan orang sekeliling. Ahli akademik pernah menukilkan bahawa:

Your kids will imitate you, so use it as a force for good

Tidak kiralah siapa kita hari ini, mungkin sebagai seorang kakak, penjual daging, guru kimia, pakar pediatrik, tukang sapu sampah atau apa sahaja status kita dalam masyarakat, niatkanlah di hati untuk sentiasa berbuat baik agar tingkah laku ini apabila dilihat oleh kanak-kanak khususnya mampu memberi impak yang positif kepada perkembangan spiritual mereka.

Indah sungguh ciptaan Allah, apabila Dia menciptakan satu sel otak yang dipanggil neuron cermin. Tahukah anda, apa fungsinya neuron ini? Apabila kita melihat tingkah laku seseorang, neuron cermin ini akan menjadi aktif untuk menyimpan maklumat dan akhirnya meningkatkan kecenderungan kita untuk  melakukan tingkah laku tersebut. Oleh sebab neuron cermin kanak-kanak masih banyak tidak berhubung, maka kecenderungan untuk meniru aksi orang sekeliling lebih tinggi berbanding orang dewasa kerana neuron cermin mereka memantulkan apa sahaja yang dilihat yang akhirnya dizahirkan melalui perilaku mereka.

Oleh itu, wahai ibu bapa hargailah usia emas anak-anak anda ini. Jangan dibiarkan mereka melihat atau menonton perilaku negatif agar mereka tidak terikut-ikut dengan aktiviti yang sama. Sebaliknya tunjukkanlah akhlak yang baik, konsisten serta jadilah ikon terbaik untuk anak-anak anda

Readers, please take note his precious word


No comments:

Post a Comment