Thursday 13 November 2014

Al Quran: Such a precious miracle




 Pernah sekali aku terdengar ceramah di radio IKIM daripada seorang ustazah terkenal. Aku tidaklah mengingati tajuk yang dibincangkan tetapi satu kisah yang diceritakan sangat-sangat meninggalkan kesan dihatiku.

Suatu hari beliau dilanda pelbagai masalah. Sehingga keadaan menjadi sangat menyesakkan. Biasalah….kehidupan. Masalah kerja, masalah anak, duit dan sebagainya. Dalam keadaan stress, dia pulang ke rumah menaiki keretanya. Walaubagaimanapun sementara memanaskan enjin kereta, dia terpandang Al-Quran di atas dashboard keretanya. Dia cuba bertenang seketika, menarik nafas dalam-dalam seraya mencapai Quran tesebut. Selepas menenangkan diri, beliau meraih ishtigfar, membasahi lisannya dengan zikrullah sambil berdoa agar Allah memberikan ilham untuk menghadapi taufan masalah dalam kehidupannya.

Bismillah, dia pun membuka Qurannya secara rawak..

Terus kepada Surah Toha ayat 126

“Dia Allah berfirman, Demikianlah dahulu telah datang kepadamu ayat-ayat kami, dan kamu mengabaikannya, jadi pada hari ini kamu diabaikan”.

Ggrrr (Bunyi guruh bedentum)

Ayat ini bagaikan pisau belati menikam jantungnya. Air mata jatuh membasahi pipi.Di sini barulah dia menyedari masalah melanda kehidupannya disebabkan banyak melupakan Allah, tidak menghiraukan peringatan dan ayat-ayatnya. Dari peristiwa itulah dia mendapat petunjuk untuk meneruskan kehidupannya dengan banyak mengingati Allah dan tidak leka dengan dunia.

Apabila aku terdengar akan ceritanya , aku terfikir mengapa aku pun tidak menggunakan kaedah yang sama untuk mencari petunjuk Allah. Bagiku Quran itu satu keajaiban dan terdapat tenaga yang kita boleh alirkan daripada Quran untuk masuk ke hati kita.

Suatu masa dahulu, selepas aku menamatkan pelajaran di Universiti Malaysia Terengganu, aku pernah diberikan pelung menjadi guru ganti di sebuah sekolah. Namun semasa cuti sekolah di penghujung tahun, aku hanya berada di rumah. Pada ketika itu aku mula melakukan solat istikharah untuk aku memohon petunjuk kepada Allah, apakah perkara terbaik yang boleh aku lakukan pada masa terluang  ini. Lebih kurang pukul 10 pagi, aku melakukan solat istikharah, aku pun mengambil Quran. Aku mula bertasbih, beristighfar kerana bagiku penyucian hati sangat penting untuk mendapatkan petunjuk yang tepat. Masih tersimpan kemas di ingatanku, aku membuka Al-Quran secara rawak sebanyak dua kali.Dan hampir kesemua lembaran yang dibuka persamaannya adalah berkaitan dengan Ayah.


Surah Yusuf [96-99]
Surah Assyuara’ [26;84-86]
 

Aku pun dapat merasakan berada bersama abah itu satu keutamaan pada masa tersebut kerana keadaan kesihatan abahku dan tanggungjawab sebagai seorang anak yang harus aku penuhi untuk menjaga kebajikannya. Itulah pengalaman pertamaku meneroka Quran dengan cara tersebut dan aku sangat gembira melakukannya.

Tapi itu cerita dulu-dulu...
Semalam aku memohon petunjuk lagi. Agar Allah menolong aku membuat keputusan samada untuk pulang ke kampung atau tidak. Kebelakangan ini, keadaan kesihatan abahku sangat meresahkan aku, kebetulan pula aku harus berjumpa pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk urusan tesis aku. Jadi dua sebab ini merasakan sangat penting untuk aku pulang ke kampong hujung minggu ini. Walaubagaimanapun Allah tetap rujukan utama.Istikharah ku telah menyampaikan aku kepada surah berikut

“Tidak ada dosa atas isteri-isteri Nabi untuk berjumpa tanpa tabir dengan bapak-bapak mereka, anak lelaki mereka, adik-beradik lelaki mereka, anak lelaki daripada saudara lelaki mereka, anak lelaki dari saudara perempuan mereka, hamba  yang mereka miliki, dan bertaqwalah kamu kepada Allah.Sungguh Allah Maha menyaksikan segala sesuatu”[Al-Ahzab, 33:55]

Pada pendapatku, ayat ini adalah hint yang Allah bagi sebagai menyatakan balik kampong itu perkara terbaik untuk aku…

Chegu Kimmia, kau tafsir ayat ikut suka hati je ke?

Ingin aku tegaskan di sini, ia bukannya pentafsiran ayat, tetapi sekadar hint dari Allah yang menolong  kita untuk membuat keputusan.

Sahabat, jika kita membaca Quran, pasti tiada ayat mengatakan Alia, pulanglah ke kampong untuk menziarahi ayahandamu. Sesungguhnya iinilah yang terbaik buatmu.

Tapi dengan kuasa mukjizat daripada Allah yang menurunkan ayat-ayatnya , ia adalah ibarat hint yang baik untuk menjadikannya sebagai petunjuk bedasarkan setiap masalah yang kita hadapi. Padaku kaedah ini bukan untuk mentafsirkan Quran secara semberono, tapi hanya cuba mencari hint daripada Allah tentang apa perkara yang terbaik untuk kita. Dan aku mempercayai petunjuk ini kerana Al-Quran ialah Qalam Allah yang tiada keraguan padanya.

Di sini aku gariskan tip-tip yang boleh dijadikan panduan untuk kaedah ini

1.       Jadikan Quran bacaan harian (bukan hanya baca ketika nak minta pertolonganNya shj)
2.       Jika hendak memohon sesuatu lakukan solat taubat terlebih dahulu, diikuti solat istikharah
3.       Banyakkan bertasbih dan beristighfar untuk penyucian hati (hati yang bersih penting untuk mengakses petunjuk yang tepat)
4.       Bila dah buka Quran jangan berharap mendapat petunjuk secara direct , baca dahulu keseluruhan muka surat yang dibuka, fahami dan amati terjemahannya, kemudian barulah cuba kaitkan dengan pilihan yang kita ingin buat.
5.       Tawakkallah kepada Allah atas setiap keputusan yang anda pilih.

Akhir kata ambillah Quran sebagai panduan hidup bukan bacaan bermusim semata-mata kerana jika kita tidak memanfaatkan sebaik-baiknya mukjizat kurniaan Allah yang Agung ini, maka rugi besarlah kita dalam kehidupan  dunia dan akhirat. Wallahu’alam

#Jom hargai Quran sebaiknya

No comments:

Post a Comment