Wednesday 12 November 2014

Aduhai.... Semalamku lebih baik dari hari ini!!!



 Semalam dan hari ini…segala-galanya berbeza

Semalam…
aku cuba mencatat apa yang ingin buat
ü  Siapkan slaid Human Lifespan Development
ü  Siapkan Reflection Qualitative
ü  Kemaskini  Blog
ü  Sedeqah RM 3
ü  Whats up Halaqah Hoyyeah
ü  Hantar mesej kat Kak Malikah
ü  Beli stokin

12 Jam kemudian, bila dinilai balik

Siapkan slaid Human Lifespan Development
Siapkan Reflection Qualitative
Kemaskini  Blog
Sedeqah RM 3
Whats up Halaqah Hoyyeah
Hantar mesej kat Kak Malikah
Beli stoking
Siapkan Bab 1 proposal tesis

Alhamdulillah..pencapaian yang baik walaupun dua item tidak tertunai. Tapi inilah namanya kita merancang Tuhan menentukan

Hari ini
Matlamatku 1: Nak siapkan tesis bab 1(tanpa catatan)
Hasil: Agak hampeh sebab skop kajian tak sempat nak baiki
Kelemahan:Matlamat sikit dan tak spesifik

Refleksi: Niat bukan hanya terletak di hati, tapi zahirkanlah ia dengan penulisan kerana kita manusia mudah terlupa.Barangkali terdapat keberkatan dalam menulis atau mencatat. Jika tidak masakan Allah bersumpah Demi Pena!!.Satu lagi niat tu biar banyak sebab manusia hakikatnya manusia  berpotensi untuk melakukan apa sahaja mengikut kemahuannya asalkan tidak menyalahi syara’.

“Sesungguhnya amalan itu bermula dengan niat”

Niat adalah sebab utama terzahirnya sesuatu amalan. Baik amal itu kalau baik niatnya, Jahat amal itu kalau jahat niatnya sekalipun ia nampak baik

#Semoga kita diberi ilham oleh Allah untuk sentiasa memasang niat baik di hati kita. Ameen

No comments:

Post a Comment